Monday, May 31, 2010

KOMSAS:TEKNIK PLOT

Hari itu semua pelajar PMR (f1-f3) telah diminta untuk menyiapkan tugasan novel yakni menyiapkan jawapan bagi soalan teknik plot bagi novel kajian masing-masing.Nota untuk plot dan teknik sudah diberi tapi masih terhegeh-hegeh nak siapkan jawapan walaupun telah diberi tugasan dalam bentuk kumpulan.

Masalah kebanyakan daripada pelajar ialah :1)Tak pernah sentuh dan baca novel
2)Tak tahu beri definisi bagi teknik plot
3)Tak tahu format menjawab yang tepat

DEFINISI:

Teknik Plot -Bermaksud cara yang digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot
supaya ceritanya menjadi menarik.

Plot -Bermaksud susunan peristiwa dalam sesebuah cereka dengan berdasarkan
hukum sebab dan akibat.Peristiwa itu mungkin disusun sama ada secara
kronologi atau tidak kronologi.Plot ysang disusun secara kronologi akan
mengikut urutan waktu,peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan
manakala peristiwa yang berlaku kemudian akan dikemudiankan.Dalam plot
yang disusun secara tak kronologi pula,peristiwa yang berlaku kemudian
didahulukan sementara peristiwa yang berlaku dahulu dikemudiankan.

Binaan plot -Terdiri daripada eksposisi atau pengenalan,pertengahan dan akhiran.Eksposisi
ialah bahagian untuk memperkenalkan watak-watak,masalah dan konflik yang
wujud.Dalam bahagian pertengahan,konflik yang berlaku menjadi semakin
rumit dan terpaksa dihadapi oleh watak-watak.Kerumitan itu menuju ke satu
tahap yang dikenali sebagai klimaks atau puncak cerita.Pada tahap ini juga
konflik akan menemukan penyelesaian lalu cerita itu akan bergerak ke
bahagian akhir atau peleraian.

Imbas muka -Merupakan teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau
ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada
aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.Teknik ini dapat mewujudkan
keyakinan tertentu dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan
terhasil.

Saspens -Saspens dikenal juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa
dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan
ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku
selanjutnya.

Konflik -Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam
dalam kekuatan dalam satu urutan plot.Konflik luaran merujuk kepada konflik
antara watak dengan watak lain ataupun antara watak dengan alam sekitar.
Konflik ini tidak semestinya melibatkan perlawanan fizikal tetapi boleh
digambarkan melalui pertentangan pendapat,idea,sikap atau pemikiran.
Konflik dalaman merujuk kepada pertentangan dalam diri watak yang
melibatkan fikiran dan perasaan watak berkenaan.Cerita yang menonjolkan
konflik dalaman kurang memaparkan aksi watak.

Kejutan -Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga
oleh pembaca,inilah kejutan.Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak
sama dengan yang diduga oleh pembaca.Kejutan merupakan unsur yang
mampu menjadikan plot cerita semakin menarik.

Dialog -Percakapan atau pertuturan antara watak atau lebih daripada dua watak.
Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau
fikiran yang berkaitan dengan tema.Dialog dapat menggerakkan cerita.

Monolog -Tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian.Monolog lebih
merupakan usaha untuk menyampaikan fikiran atau menyatakan perasaan.
Penyataan perasaan dan fikiran itu mungkin dalam bentuk doa,ratapan,
keluh kesah atau rayuan cinta.

Monolog
dalaman -Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak.Teknik ini menjadi alat untuk
merakamkan isi hati,pergelokan batin,dan fikiran watak yang tidak dilahirkan
dalam bentuk dialog atau monolog.Hanya terdapat dalam cerpen atau novel.
sifat-sifat monolog dalaman ialah berasa kesal hati,bersifat unsur pemikiran,
bersifat menentang,bersifat psikologi,bersifat menetapkan azam,bersifat
ragu-ragu,bersifat takut,bersifat angan-angan,dan bersifat ego dan sebagainya.
Monolog dalaman lazimnya ditandai dengan kata-kata rintih hatinya,keluhnya,
bisik hatinya dan sebagainya.

JOSEPHINE...new restauran in Ipoh..agaknyalah..

Last saturday night,kami sefamili(ascept kyl yang busy jumpa kawan n tonton Prince Of Persia)ingin mencuba new place for dining..maybe supper cuz dah lebih pukul 10 malam.Dapat info daripada Poh Ann(F6 student)tentang restauran Josephine yang terletak di Ipoh Garden South...dekat Parkson lama..hampir dengan Pizza Hut..so kami pun meredah malam tercari-carilah tempat ini.Alhamdunillah mudah saja lokasinya ditemui.

Keletakkannya memang sesuai.Taklah di tempat yang sukar untuk mencari parking kereta seperti di De Garden pada malam minggu.Agak sunyi juga sekitarannya.Dari luar restauran memang nampak menarik.Kelihatan seperti tempat dining yang berklas.Masuk saja ke dalamnya,mood menjadi lebih selesa.Deconya banyak menggunakan kayu tak ubah seperti bertemakan 'steak house'.Suasana agak malap sedikit..oklah..kelihatan agak privacy tapi taklah seromantik seperti di Indulgence.

Kebanyakan hidangannya bertemakan france.Bermula dari appertizer sampai ke main course.Irama yang berkumandang menemani pengunjung di bilik dining ini juga berlagu france(bahasa paling romantik di dunia)...berupaya menimbulkan emosi yang mendamaikan kerana mendayu lembut tidak menyerabutkan minda.

Aku hanya memesan pumpkin soup...ya!!!....bukan kerana aku berdiet!!!Istilah diet tidak ada dalam kamus hidupku :-) Maybe aku sememangnya berasal daripada genetikfamili yang suka makan agaknya.Tetapi setelah mendengar penjelasan dialog antara waiter yang sedang melayan Khausar yang ingin memesan Club Sandwich...merupakan hidangan yang agak besar!!!menurutnya.Terus aku layangkan saranan agar kali berkongsi makanan.Tapi akhirnya aku habiskan pumpkin soup yang aku peasn itu sendirian...(sepinggan penuh...mak datuk!!!!mengenyangkan).Manakala...club sandwich itu dikongsi bersama daddynya .Rotinya dipotong besar-besar....terkejut badak kami melihatnya...dan disusun pula meninggi..pernah seketika susunan sandwich itu hampir roboh...macam bangunan kena gempa bumi lagaknya hehehehehe.......

Anakku Mustaqim memesan makanan kegemarannya...cabonara...sedap cuma terlalu banyak untuk dihabiskan.Hidangan yang dihantar semuanya bersaiz besar dan bersesuaian dengan harganya.....kentang gorengnya besar-besar...puas untuk dimakan..Nampaknya,...dah jadi restauran kegemaran Balqis :)

Dah mula banyak restauran di buka di Ipoh...sudah ada banyak pilihan.Tak lah jemu asyik pergi ke restauran yang sama...sedang menanti bilakah Nando dibuka di Ipoh atau Dome...cafe yang minuman kopinya memang sedap diminum......Agaknya bila eik???

Friday, May 28, 2010

PERMULAAN...

Salam perkenalan;

Emmmm....Apa nak dibicarakan buat kali pertama ini eik?Apa lagi kalau bukan mengenai diri kita sebagai manusia...Belakangan ini ada banyak perkara dan peristiwa yang berlaku..ada yang mengembirakan dan ada yang membuat kita lara...sama ada berlaku pada diri kita sendiri atau pada umat sejagat,itu pun kalau kita insan yang peka pada sekitar.Apa-apa pun persoalannya...sejauh mana diri kita menerima imbalan daripada setiap peristiwa yang berlaku itu.

Yang indah imannya pasti dapat menikmati kenikmatan iktibar daripada musibah yang berlaku dan memanjat kesyukuran pada kebahagiaan yang diberi.Tetapi,pada yang tidak mengenali diri pasti tercari-cari alasan untuk dijadikan sebab agar diri tidak dipersalahkan sedangkan kilaf berpunca daripada diri sendiri.Simpati dihulur pada insan sebegini!Sayang....setiap hari menghadap cermin...mendandan wajah dan diri tapi terlupa untuk mendandan hati.

Ya..mungkin keletakan hati jauh dari wajah.Manakala manusia pula hanya mementingkan rias pada rupa hingga melupakan darjat sekeping hati...

Renungkan....