Saturday, August 21, 2010

OBESITI

OBESITI

Pendahuluan
Obesiti adalah satu masalah kesihatan yang sering berlaku pada sesetengah kanak-kanak.Dalam masalah ini,terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi dan menimbulkan beberapa kesan kepada mereka yang terlibat.

Faktor-faktornya
1) Genetik
Seseorang boleh menjadi gemuk jika ibu bapa atau salah seorang daripada keturunan yang sebelumnya gemuk.Ini disebabkan faktor genetik.gen yang membawa ciri – ciri gemuk akan muncul pada sesiapa yang mewarisinya.dalam kes ini masalah kegemukan sukar atau tidak boleh diatasi langsung.

2)Lebihan makanan lemak dan gula
Makanan yang banyak mengandungi lemak dan gula boleh menggemukkan. Orang yang makan makanan yang digoreng, bersantan kelapa, bergula seperti coklat dan kuih –muih boleh menjadi gemuk jika kerap mengambil makanan tersebut.

3)Pemakanan yang salah
Sistem pemakanan yang tidak betul iaitu makan pada bila – bila masa dan tidak dalam amaun yang berpatutan juga bolaeh menyebabkan seseorang menjadi gemuk.

4)Kurang bersenam
Kurang bersenam atau tidak bersenam langsung boleh menggemukkan.ini adalah kerana orang akan menjadi pasif dan makanan yang dimakan akan bertukar menjadi lemak apabila makanan yang dibakar oleh badan.masalah ini biasa dihadapi oleh atlet yang berhenti bersukan secara mengejut dan tidak melakukan senaman,terutamanya ahli bina badan.

Kesan – Kesannya
1)Tekanan perasaan
Orang yang berbadan besar kerap mangalami tekanan perasaan. Ini disebabkan mereka sering menjadi baha ejekan dan gurauan orang ramai. Kegilaan kebanyakan orang untuk mengekalkan kelangsingan badan menyebabkan orang gemuk merasa rendah diri dan kecewa kerana kecantikan tubuh badanmerupakan daya penarik bagi seseoran. Mungkin ada yang mengambil jalan mudah dengan membunuh diri bagi mengatasi masalah ini.

2)Pergerakan terbatas
Seseorang yang terlalu gemuk boleh menghadapi masalah pergerakan kerana tidak boleh gergerak dengan selesa akibat badan yang berat. Oleh itu dalam kes - kes kecemasan seperti berlakunya kebakaran, ianya akan mendatangkan bahaya kepada orang gemuk.

3)Saiz pakaian terhad
Pakaian juga sukar dicari di pusat- pusat membeli belah kerana saiz yang terlalubesar jarang dikeluarkan oleh kilang –kilang membuat pakaian.Orang yang gemuk perlu menempah pakaian di kedai – kedai jahit.

4)Mudah dihinggapi penyakit
Orang gemuk mudah dihidapi penyakit bahaya seperti penyakit lemah jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Kehadiran lemak yang berlebihan menyebabkan saluran darah ke jantung tersumbat. Penyakit jantung kadiovaskular mudah menyerang.

Langkah – langkah mengatasinya
1)senaman
Senaman yang bersesuaian dan secara teratur boleh membantu mengurangkan berat badan. Misalnya mangamalkan joging atau melakukan latihan di gimnasium secara teratur. Cara ini amat berkesan dan memerlukan kesungguhan.

2)Pengambilan pil – pil
Segelintir remaja mengambil pil – pil untuk mengurangkan selera makan dan mengurangkan pengambilan makanan. Ini sangat merbahaya kerana lama – kelamaan mereka mungkin tidak boleh makan langsung.

3)Program kesihatan
Pihak media massa seperti radio dan televisyen juga mangadakan program – program berkaitan dengan kesihatan. Di dalam program pula diselitkan cara – cara mengatasi berat badan secara tradisional atau cara – cara untuk menjaga badan supaya tidak menjadi gemuk.

4)Artikel kesihatan
Media bercetak seperti majalah – majalah wanita, sukan, surat khabar dan sebagainya tidak ketinggalan memberikan sumbangan dengan memaparkan artikel –artikel berguna dalam sudut – sudut yang diperuntukkan.

5)Pita senaman
Cara moden pula adalah melalui kaset dan video yang mengajar cara – cara melakukan senaman yang sesuai untuk mengurangkan berat badan. Cara ini menjimatkan dan berkesan.

Kesimpulan
Kegemukan bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Memandangkan kesan akibat kegemukan adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah – langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing –masing.

KEGANASAN ANTARABANGSA

KEGANASAN ANTARABANGSA
Peperangan dan Keganasan Antarabangsa

Pengenalan

Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Kesan – kesan

1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.
Ø pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.
Ø sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.
Ø perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.
Ø mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Langkah – langkah/cara mengatasi

1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.
Ø pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.
Ø pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.

3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.
Ø semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

Faktor – faktor

1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri.
Ø perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasai diri.
Ø Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

3. Lambang kemegahan.
Ø Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

PENCEMARAN SUNGAI

PENCEMARAN SUNGAI

1.Pengenalan.
Air meliputi 70% daripada bumi dan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita.Semua benda hidup bergantung kepada air untuk pelbagai kegunaan seperti minuman,memasak,bertani dan sebagainya.Pencemaran air didefinisikan sebagai sebarang kemasukan bahan asing ke dalam air yang menyebabkan perubahan fizikal dan kimia seterusnya mengancam kehidupan benda hidup.

2.Sebab berlaku
a)pembuangan sampah yang tidak bersistematik.
· Sikap yang tidak bertanggungjawab pihak industri dan penternak terutamanya yang terletak berdekatan sungai.
· Air kotor yang tercemar dibenarkan mengalir ke sungai-sungai yang berhampiran menyebabkan sungai turut tercemar.
· Sampah sarap,sisa buangan domestik daripada kawasan perumahan.

b)kumbahan premis perumahan dan perniagaan yang masih menggunakan teknologi lapuk.
· Sistem usang ini tidak lagi berkesan merawat kumbahan yang menjadi punca utama pencemaran sungai di negara ini.
· Pelepasan sisa-sisa dari kilang tidak serius berbanding kumbahan dari premis kediaman dan perniagaan.
· Membangkitkan rasa resah kepada seluruh rakyat Malaysia.

c)Berpunca dari kelodak,pembangunan dan pelepasan sisa kumbahan.
· Penggunaan air mentah tidak berkualiti lebih membawa mudarat kepada manusia.
· Pembuangan najis binatang yang tidak bersistematik.
· Menunjukkan masyarakat kita masih kekurangan kesedaran sivik dalam memahami pemuliharaan dan pemulihan alam sekitar.

d)Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi
· Membawa perubahan penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegaitan ekonomi.
· Mendedahkan sungai kepada pelbagai tanah yang kadangkala tidak dapat ditanggung oleh sungai.
· Mempelbagaikan bahan asing ke dalam sungai.

2.Kesan-kesan.
a)membawa kesan negatif kepada kesihatan manusia.
Pengumpulan bahan-bahan asing dalam badan manusia secara perlahan-lahan sehingga mencapai tahap bahaya dan hanya disedari apabila terlalu kronik.
Pengumpulan bahan logam berat toksik dalam badan kerana kerap memakan ikan yang ditangkap dalam sungai yang telah dicemari.
Menurunkan tahap ketahanan antibodi manusia.

b)Membazirkan wang untuk pemulihan
· Kos perawatan yang tinggi dan secara tidak langsung kos tersebut dibayar oleh pengguna melalui caj penggunaan air.
· Ditanggung oleh masyarakat itu sendiri kerana kecuiaan mereka terhadap alam sekitar.
· menjayakan pemulihan kualiti sungai memerlukan program kesedaran alam yang tinggi kosnya.

c)Menjejaskan semua hidupan air
· pencemaran sungai yang merbahaya sehingga boleh menyebabkan berlakunya kematian,serangan penyakit,kecacatan genetik dan masalah pembiakan.
· Mengganggu kestabilan rantaian makanan bagi hidupan sungai.
· Berlakunya kepupusan haiwan akuatik yang semakin berleluasa.

d)Menjejaskan kualiti air.
· Bahan kimia tidak organik seperti sebatian plumbum yang bertoksik terus mencemarkan kebersihan sungai.
· Bahan pejal menyebabkan keindahan sungai tercemar.
· Proses memulihkan kualiti air memerlukan kos belanja yang tinggi.

3.Langkah mengatasi.
a)Penubuhan sebuah yayasan atau kelab pencinta sungai perlu dimulakan.
· Mengambilkira ramai pakar dan perunding dalam alam sekitar berminat memberi sumbangan secara sukarela.
· Tidak banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengembleng tenaga dan sumber yang ada untuk tujuan berkenaan.
· Memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat tentang pemuliharaan dan pemulihan sungai.

b)Menggubal undang-undang yang melarang sesiapa daripada melakukan kegiatan yang boleh mencemarkan sungai.
· Terlalu banyak pencemaran yang berlaku di kawasan bandar,kawasan perumahan dan kawasan perindustrian.
· Aktiviti pengilangan mesti meningkatkan pemantauan untuk mencegah pencemaran sungai.
· Undang-undang yang berkaitan dengan pemuliharaan sungai harus diperketatkan untuk mengurangkan benda-benda asing yang mencemari sungai kita.

c)Mewajibkan sistem pembentungan air buangan dan loji pelepasan bahan sisa-sisa bersepadu.
· Melalui sistem tersebut,air akan dirawat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan alam sekitar sebelum disalurkan ke dalam sungai.
· Mengenakan hukuman penjara dan menanggung kos pembersihan dan pemuliharaan sungai tersebut.
· Mengadakan langkah bersepadu untuk membanteras aktiviti yang mencemarkan sungai.

d)Melalui program pendidikan ,latihan dan maklumat alam sekitar.
· Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada golongan pengilang ataupun pengguna supaya mereka sentiasa sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat.
· Setiap aktiviti yang dilakukan oleh individu akan memberi kesan yang menyeluruh terhadap diri sendiri dan masyarakat.
· Menerapkan ilmu yang telah dipelajari semasa program untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

BIODIVERSITI

BIODIVERSITI

DEFINISI
Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.(sumber:estidotmy,February 2007)

KEPENTINGAN
A.KEPADA ALAM

1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI
Hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan.Air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi.Hutan,padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

2.MODIFIKASI IKLIM
Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu.Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

3.KAWAL HAKISAN TANAH
Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan.Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi.Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah.Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan puklan ketika rebut.Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGEN
Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan.Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah.Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

B.KEPADA MANUSIA
1.NILSI INSTRUMEN
Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian sepsis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.
CONTOHNYA, ANTHROPOSENTRIK-digunakan dalam memajukan BANK GENETIK khasnya untuk memajukan sector pertanian ,perhutanan,akuakultur dan penternakan.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi Negara.

2.NILAI INTRINSIK
Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”.Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi”masing-masing.Benda hidup mempunyai ingatan,emosi dan kesakitan.

MASALAH
1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN TEMPAT KEDIAMAN MEREKA.
Banyak aktiviti yang boleh merosakkan yang berlaku menyebabkan terjejasnya biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada di antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori sepsis terancam.Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selamanya.

2.PENGEKSPLOITASIKAN HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA MEMBANGUN YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN.
Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang bolkeh mendatangkan hasil kepada negara membangun.Namun andainya pelancongan eko tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity.Kemusnahanhabitat akibat penukaran tanah untuk pertanian,perlombongan,penempatan,pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.

4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN BERLEBIHAN seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi.

LANGKAH\USAHA UNTUK MENGATASI
1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI.ISU DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA TELAH DILANGSUNGKAN PADA 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queen’s University, Kingston,Canada.Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA), NGO’s dan badan-badan swasta.Antara isu yang disentuh adalah mengenai biodiversity,bioprospek,pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan sepsis terancam.

2. Malaysia adalah salah satu antara 120 negara yang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL ATAU NAMA SINGKATNYA CBD.Konvension tersebut yang berkuatkuasa pada 29 disember 1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang.Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

3.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.

4.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG LEBIH TELUS.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara.

DEMAM DENGGI

DEMAM DENGGI

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA WABAK DENGGI
1. SAMPAH YANG TIDAK DITIMBUS : Sampah seperti botol ,tin ,plastik , dan lain –lain bekas boleh menakung air akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes
2. SISTEM SALIRAN YANG TERSUMBAT : Sistem saliran yang tersumbat akan menyebab air bertakung dan keadaan ini menggalakkan lagi pembiakan nyamuk aedes
3. PERSEKITARAN RUMAH : Rumah yang tidak mempunyai jarring dan tidak bersih boleh menyebabkan jangkitan demam denggi
4. MASYARAKAT YANG TIDAK PERIHATIN : Walaupun Jabatan Kesihatan banyak memberi ceramah ,penerangan dan kempen namun masih ramai yang leka dan tidak mengambil berat tentang penyakit ini
5.PENDEDAHAN YANG TIDAK MENYELURUH : Pendedahan tentang penyakit ini tidak menyeluruh terutama kawasan pedalaman ,sukar dihubungi
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
1. SEMBURAN KABUS : Melalui semburan ini akan menghapuskan nyamuk aedes
2. MENJAGA KEBERSIHAN : Sampah- sarap perlu ditimbus agar nyamuk aedes tidak dapat membiak
3. SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN : Sistem saliran dan perparitan perlu dipastikan agar tidak tersumbat supaya air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes
4. KUATKUASAAN UNDANG-UNDANG : Kerajaan perlu menguatkuasakan undang –undang bagi mereka yang tidak mematuhi peraturan Jabatan Kesihatan dengan mengenakan hukuman atau denda lebih berat
5. KEMPEN , CERAMAH DAN PENERANGAN : Kerajaan perlu membuat program mencegah demam denggi seperti taklimat , ceramah , dan kempen secara menyeluruh dan konsisten
6. KERJASAMA : Masyarakat perlu kerjasama dan perihatin bagi mencegah demam denggi

INDUSTRI SUKAN NEGARA

INDUSTRI SUKAN NEGARA

Mengejar arus kemodenan dan pembangunan
a. Menghabiskan sebahagian besar masa untuk bekerja.
b. Masing-masing berlumba-lumba mencari wang dan nafkah hidup sehingga mengabaikan kesihatan diri.
c. Tidak mempunyai masa untuk membuat sebarang riadah dan aktiviti jasmaniah.

Pelbagai hadiah lumayan disediakan oleh berbagai-bagai pihak
a. Ganjaran yang terlalu banyak menyebabkan atlet-atlet malas untuk berlatih.
b. Atlet yang terlalu memilih untuk menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan sahaja.

Tidak mempunyai kemudahan yang lengkap untuk bersukan
a. Tiada minat untuk melakukan aktiviti sukan yang dijalankan.
b. Pihak belia dan sukan tidak menguar-uarkan tentang sebarang aktiviti sukan yang dijalankan.

Tidak cukup rajin dalam latihan aktiviti sukan
a. Prestasi menurun bagi aktiviti sukan yang dipertandingkan.
b. Sukar untuk mewakili negara dalam apa-apa jua pertandingan yang dijalankan.
CARA / LANGKAH / CARA MEMAJUKAN

1. Penyediaan prasarana yang lengkap
a. Menyediakan kemudahan sukan yang mencukupi.
b. Dapat melakukan aktiviti sukan dengan mudah dan lancar.

2. Mewujudkan institusi sukan
a. Mengasah bakat-bakat atlet-atlet muda agar berada di tahap yang terbaik.
b. Melahirkan atlet-atlet yang berilmu tentang sukan.

3. Pelibatan sektor swasta
a. Penyediaan kemudahan sukan dan rekreasi untuk melancarkan aktiviti sukan yang dijalankan.
b. Penajaan sesuatu aktiviti sukan harus melibatkan badan swasta secara aktif.

4. Menjadi penganjur sukan atau sebagai tuan rumah
a. Penyertaan dan sogokan kepada aktiviti-aktiviti sukan khususnya sukan bertaraf antarabangsa.
b. Jurulatih, pengurus dan atlet dapat meniru corak latihan dan teknologi sukan dari negara-negara yang bertaraf tinggi.
KEPENTINGAN / IMPAK POSITIF SUKAN KEPADA NEGARA

1. Menyatukan masyarakat berbagai etnik
a. Menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami.
b. Menyumbang kea rah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara.

2. Melahirkan atlet yang sihat dan berkualiti
a. Berdaya saing sesame sendiri.
b. Mewujudkan semangat kesukanan.

3. Meningkatkan taraf ekonomi negara
a. Pengaliran masuk wang asing ke negara Malaysia.
b. Memperkenalkan barangan buatan Malaysia.

4. Boleh menjalin keperimanusiaan
a. Penyakit-penyakit sosial dapat dikurangkan kalau seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

KEPERNTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA INDUSTRI BPERTANIAN

Kepentingan Sains dan Teknologi Kepada Industri Pertanian
Jelaskan bagaimana pelbagai ciptaan sains boleh membantu para petani di Malaysia memperolehi hasil yang bermutu.
Oleh : Nur Izzah Bt Manan (6A2-2009)
Smk Agama Sibu
Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor pertanian.Pelbagai ciptaan sains diselidik,direka dan digunapakai dalam sektor pertanian.Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus dan meningkatkan kuantiti hasil pertanian.
Penemuan ciptaan baja organik pada suatu masa dahulu telah membantu sektor pertanian dalam negara kita kerana dapat menghasilkan hail tanaman yang lebih bermutu.Tambahan pula baja organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti bahawa penggunaan baja organik dapat menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti.Contoh penggunaan baja organik telah meningkatkan kualiti hasil tanaman ialah hasil tanaman buah-buahan yang tidak mengandungi biji.Kemudahan bagi kita untuk makan dengan senang dan keselamatan bagi kanak-kanak untuk memakan buah-buahan tersebut.
Kaedah yang digunakan kini iaitu menggunakan jentera mesin untuk menghasilkan hasil tanaman juga merpakan kemudahan yang kita dapat dari kemajuan sains dan teknologi.Dengan kemudahan jentera mesin,para petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di samping menjimatkan tenaga dan masa.Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti dengan cepat dan mudah.Contohnya jentera memproses padi.Masalah kekurangan beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera memproses padi memandangkan jumlah pendudk di negara kita semakin bertambah.Jentera memproses padi dapat memungut hasil tuaian dengan cepat dan berkuantiti banyak.
Kaedah cara kawal perosak juga telah memberi peningkatan dari segi kualiti hasil pertanian iaitu hasil pertanian lebih baik dan sempurna.Jika dahulu,tanpa penggunaan kaedah dari sains dan teknologi,ramai petani menggunakan orang-orang untuk menghindari hasil tanaman diganggu burung.Tetapi tanaman masih diganggu oleh ulat yang menyebabkan kerosakan pada tanaman.Kaedah tanaman realistik maju dengan cara kawal perosak dapat menjimatkan kos,masa dan tenaga di samping menambah baik kualiti tanaman.
Apa yang kita lihat kini ialah faktor tanah,iklim dan saliran air juga dimanipulasi oleh sains dan teknolgi.Kebanyakan petani menggunakan kemudahan sains dan tenologi dalam pertanian untuk mengusahakan hasil pertanian mereka.Dengan cara begini, hasil pertanian lebih berkualiti dan kerkuantiti banyak dapat menambah pendapatan mereka sekaligus memajukan sektor pertanian dalam negara kita.
Tanpa sains dan teknologi.mungkin cara bertani an sektor pertanian masih di takuk yang lama dan tidak dapat dimajukan.Tanpa sains dan teknologi juga mengakibatkan negara kita boleh kekurangan bahan makanan melalui pertanian memandangkan rakyat Malaysia semakin banyak dari tahun ke tahun.Kesimpulannya,sains dan teknologi banyak membantu kita dalam bidang pertanian.

LUMBA HARAM

LUMBA HARAM

Gejala lumba haram terus berlaku terutama di bandar besar.Huraikan punca-punca gejala ini terus berlaku.

Gejala lumba haram atau lebih dikenali dengan istilah mat rempit telah menjadi satu isu yang begitu memeningkan semua pihak. Pihak kerajaan berusaha mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan pelbagai tindakan tetapi masih gagal. Begitu juga dengan pihak masyarakat terutamanya ibu bapa yang turut berusaha menghalang anak-anak mereka terjerumus ke lembah hina ini hanya melihat kegagalan sahaja. Media massa dengan keupayaan mereka menyiarkan pelbagai program kesedaran turut menemukan jalan buntu dalam kemelut ini. Oleh itu, punca-punca yang menyebabkan masalah ini timbul harus dikaji secara mendalam untuk memastikan semua langkah yang diambil memang memberi kesan yang positif.Sebenarnya masalah ini tercetus kerana kegagalan pihak ibu bapa melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Maknanya, ibu bapa tidak berupaya mendidik anak mereka supaya menyedari bahawa lumba haram merupakan aktiviti yang salah di sisi undang-undang. Kegagalan ibu bapa ini mungkin berkaitan dengan ketidakupayaan mereka untuk menjadi ibu bapa atau tidak memahami keperluan emosi anak mereka. Lantaran itu, anak mereka beralih ke arah lumba haram sebagai satu cara untuk memenuhi keperuan emosi mereka sebagai manusia yang perlu disayangi dan difahami perasaannya.Untuk menyalahkan ibu bapa seratus peratus bukanlah satu jalan penyelesaian yang bijak kerana keadaan dunia yang serba moden terutama era globalisasi ini turut menjadikan masalah lumba haram ini mudah merebak. Penyiaran program barat terutama akiviti lumba haram menimbulkan rasa ingin mencuba di dalam naluri remaja di negara ini. Kehidupan yang serba moden mendedahkan remaja kita dengan pelbagai dugaan nafsu yang sukar untuk ditolak terutama kenikmatan lumba haram. Jelaslah, lumba haram bertambah ekoran bertambah modennya kkehidupan di negara ini terutama di bandar-bandar kosmopolitan.Selain itu, kegagalan pihak kerajaan turut ketara terutama dalam menyediakan suasana kehidupan yang lebih ceria kepada remaja. Ketiadaan tempat untuk remaja meluangkan masa dengan berkesan turut menjadi faktor penentu merebaknya masalah ini. Begitu juga dengan kegagalan kerajaan untuk menyediakan peluang kerja yang cukup membawa ramai remaja beralih ke arah lumba haram untuk memenuhi masa mereka. Oleh itu, kerajaan turut memikul kesalahan atas munculnya gejala negatif ini.Sikap masyarakat yang tidak prihatin menjadikan masalah ini berleluasa. Kita tidak menganggap masalah ini masalah sendiri selagi tidak ada ahli keluarga yang terbabit sehingga tidak mahu membuat laporan jika melihat aktiviti umba haram di kawasan mereka. Keadaan ini telah menyebabkan pihak polis sukar untuk menahan mereka yang terbabit dalam aktiviti negatif ini kerana tiadanya kerjasama masyarakat untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa. Jelaslah, sikap masyarakat yang “bagai pucuk melepaskan duri masing-masing” menjadikan kemelut sosial ini berlanjutan sehingga sukar untuk dikawal sekarang.Konlusinya, masalah lumba haram harus dibanteras segera menerusi kerjasama semua pihak. Remaja juga harus memiliki jati diri yang kukuh supaya tidak mudah terpedaya untuk menyertai aktiviti lumba haram ini. Mereka harus memikirkan pendidikan, kerjaya dan masa depan mereka daripada memikirkan keseronokan sementara sahaja. Mungkin remaja harus merenung diri mereka sekarang. Apakah yang mereka mahukan dalam hidup ini?

Apa yang sebenarnya mereka mahukan?
Apa yang harus dilakukan untuk mebendung gejala ini?
Semoga kita dapat renungkan bersama.......

BANJIR

Pengenalan
Malaysia sering dilanda banjir terutama menjelang musim hujan. Banjir selalu berlaku di bandar dan menyebabkan kerugian yang besar. Beberapa punca banjir telah dikenal pasti. Langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

Faktor – faktor Berlakunya Banjir
1. Banjir berpunca daripada pembangunan yang tidak terancang.
banyak projek diluluskan tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap alam sekitar. Pembangunan secara mendadak itu mengakibatkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh apabila tanah terdedah kepada air hujan. Tanah dialirkan oleh air hujan itu ke sungai. Sebagai akibatnya, sungai menjadi cetek. Apabila hujan, air sungai melimpahi tebingnay dan membanjiri kawasan sekitarnya.

2. Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
banyak orang suka membuang sampah sarap seperti barangan plastik, botol-botol, bahan kaca, dan kertas ke dalam longkang dan sungai. Perbuatan ini menyebabkan longkang-longkang tersumbat dan air tidak dapat mengalir. Apabila hujan, air longkang melimpah. Sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai pula mendap di dasar sungai dan mencetekkan sungai. Air sungai melimpahi tebing apabila hujan.

3. Sistem saluran air yang tidak terancang.
di kawasan tertentu, sistem saluran airnya tidak berkesan. Bilangan longkang adalah sedikit. Longkang-longkang yang dikorek adalah sempit dan pendek. Air tidak dapat disalur keluar dengan berkesan. Longkang-longkang yang sempit itu juga mudah tersumbat. Sebagai akibatnya, apabila hujan lebat, air hujan tidak dapat disalur keluar dengan cepat dan hal ini menyebabkan banjir.

4. Hutan tadahan.
hutan merupakan 1 kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara 2% hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air semulajadi. Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

Langkah-langkah/cara mengatasi
1. Kerajaan perlu membaiki sistem saluran air.
longkang-longkang perlu ditambah supaya air dapat disalur keluar dengan lebih berkesan. Selain itu, longkang yang dikorek perlulah lebih besar dan panjang. Hal ini membolehkan air disalur keluar dengan lebih cepat dan banyak. Longkang-longkang juga tidak mudah tersumbat. Dengan itu, banjir tidak akan berlaku setiap kali hujan lebat.

2. Kempen gotong-royong untuk membersihkan longkang dan sungai.
kempen ini membolehkan longkang-longkang di bandar dibersihkan supaya tidak tersumbat. Sungai-sungai dibersihkan supaya sampah sarap tidak termendap di dasar sungai. Kempen ini bukan sahaja membersihkan longkang dan sungai, tetapi juga bertujuan menyedarkan masyarakat supaya menjaga kebersihan longkang dan sungai. Kempen ini dapat memupuk sikap bertanggungjawab di kalangan masyarakat.

3. Mengawal pembangunan yang pesat.
Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan - kawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air seperti hulu Sg. Dondang, Sg. Air Itam dan Sg. Air Terjun. Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang- undang ke atas pemaju- pemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan lereng berbukit . Sebagai contoh, mencadangkan pihak berkuasa mengenakan syarat ketat mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan dalam kawasan pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam sungai- sungai utama. Melalui cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai- sungai dapat dikawal dari masa ke masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya di kawasan hilir sungai.

4. Mempercepatkan perlaksanaan projek.
Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan projek- projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir Pulau Pinang. Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pelaksanaan projek- projek tersebut berjalan agak perlahan akibat daripada pelbagai masalah yang dihadapi seperti masalah pengambilan balik tanah, peruntukan kewangan dan halangan- halangan utiliti semasa peringkat pembinaan. Kerjasama dan penyelarasan yang lebih bersepadu antara jabatan dan agensi kerajaan hendaklah diwujudkan dengan lebih serius dan penuh komitmen.

Kesan – kesan Kejadian Banjir
1.Dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.
dengan adanya kejadian bencana seperti ini yang menimpa negara kita, secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Sebagai contoh, menyumbangkan keperluan hidup seperti, makanan, minuman, pakaian dan barang-barang keperluan lain yang mampu disumbangkan oleh masyarakat kepada mangsa banjir. Manakala pihak kerajaan pula, sebagai contoh, menyediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa banjir. Dengan ini, semangat tolong-menolong dan bersatu-padu dapat dipupuk dalam diri masyarakat kita.

3.Menyebabkan jangkitan penyakit di kalangan penduduk.
tanpa kita sedari, banjir juga boleh menyebabkan timbulnya penyakit-berjangkit di kalangan penduduk. Sebagai contoh, penyakit taun yang berjangkit melalui air. Selain itu, kudis juga di antara salah satu contoh penyakit-berjangkit yang boleh membawa maut seperti juga penyakit taun. Penyakit yang paling berleluasa sekarang ialah penyakit HFMD, iaitu penyakit tangan,kaki dan mulut yang menyerang kanak-kanak juga yang boleh merebak melalui air.

4. Menyebabkan kerugian prasarana.
Banjir menyebabkan sesebuah Negara mengalami kerugian yang besar terutama sekali dalam bidang prasarana. Pembangunan yang dijalankan tergendala menyebabkan kerugian yang amat besar di samping membantutkan pembangunan sesebuah Negara itu. Dengan itu, Negara tersebut terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menampung kerugian tersebut. Secara tidak langsung, banjir membawa banyak kesulitan kepada sesebuah Negara baik dalam prasarana sesebuah Negara mahupun aspek-aspek lain.

PERUBATAN HERBA

A.DEFINISI
Perubatan herba merupakan satu kaedah alternatif kepada kaedah perubatan moden dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi alam seperti tongkat ali,kacip fatimah,serai wangi,daun pelawas,jemuju,kayu manis,ubi kemili dan sebagainya.Di Malaysia,kira-kira 1230 spesies tumbuh-tumbuhan telah dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk ubat-ubatan herba.

B.MENGAPA MALAYSIA BERPOTENSI MEMAJUKAN INDUSTRI PERUBATAN HERBA
1.MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI
Dengan adanya kepakaran dan kepelbagaian teknologi yang terdapat di Malaysia,ini akan mendorong negara untuk menjadi pengeluar produk herba bermutu tinggi.Kewujudan dan kepelbagaian teknologi yang tinggi di kawasan hutan hujan tropika memberi peluang kepada penemuan baru tumbuhan herba untuk kegunaan tertentu dalam perubatan.Contohnya herba utama negara kita iaitu tongkat ali dan kacip,mampu dilonjak menembusi pasaran global seperti ginseng dengan penggunaan teknologi moden.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri,Usahawan,IKS,Sains dan Teknologi Johor,Md.Salikon Sarpin,lebih 200 buah IKS di Malaysia akan mendapat manfaat hasil pemindahan teknoogi itu kelak.

2.MEMPUNYAI PELBAGAI SUMBER ALAM SEMULAJADI(BIODIVERSE)
Malaysia juga dikatakan berpotensi untuk memajukan penanaman tumbuhan herba kerana mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi(biodiverse).Dengan ini,ia akan menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba tempatan.Matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai memandangkan hutan hujan tropika Malaysia mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan.

3.MEMPUNYAI BADAN ATAU PUSAT YANG DIJADIKAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN BENIH DAN POKOK
Terdapat badan atau pusat yang ditubuhkan bagi mendapatkan bekalan benih dan pokok bagi perubatan herba juga menyebabkan Malaysia begitu berpotensi untuk dimajukan.Syarikat Global Herba contohnya mempunyai ladang seluas 200 hektar terletak di Sungai Perak.Perbadanan ini ditubuhkan bagi memastikan warisan herba tradisional terus terpelihara.

4.KESEDARAN MASYARAKAT
Kesedaran dalam diri masyarakat pada hari ini juga merupakan satu unsur menyebabkan Malaysia sangat berpotensi bagi memajukan industri perubatan herba.Keberkesanan sesuatu produk perubatan herba telah mengubah persepsi mereka terhadap ubat-ubatan herba yang dianggap kolot.Hal ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri heba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini.

C.LANGKAH/USAHA UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI PERUBATAN HERBA
1.PENANAMAN TANAMAN HERBA SECARA LEBIH MELUAS
Penanaman herba secara lebih meluas merupakan salah satu usaha bagi memajukan industri perubatan herba.Jika dahulu tumbuhan herba ditanam secara kecil-kecilan di sekeliling rumah ataupun di hutan rimba untuk industri kampung sahaja,namun pada masa ini ianya telah berubah.Langkah ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi untuk dimajukan pada abad ke-21 ini.

2.MEMASTIKAN PRODUK YANG DIHASILKAN BERKUALITI DAN SELAMAT DIGUNAKAN
Penghasilan produk yang berkualiti dan selamat digunakan juga haruslah dipastikan bagi memajukan industri perubatan herba.Kajian-kajian saintifik perlu dijalankan terhadap tumbuhan ubatan untuk mengesahkan dakwaan khasiat dan kemujaraban ubat berkenaan.Produk kesihatan berasaskan herba Malaysia seperti tongkat ali dan kacip fatimah memasuki pasaran antarabangsa secara besar-besaran mulai tahun 2005 menjadikan masyarakat lebih mempercayai keberkesanannya.

3.MENGGABUNGKAN KEPAKARANTENAGA TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
Kepakaran tenaga tempatan dan luar negar dapat digabungkan supaya bahan mentah herba tempatan dapat dimajukan untuk pasaran luar.Perkongsian pintar antara pengusaha industri kecil dan sederhana(IKS) ginseng dan herba Malaysia akan membolehkan produk dipasarkan secara agresif.Kepakaran tenaga tempatan bekerjasama dengan tenaga pakar luar Negara seperti Indonesia,China dan India adalah sangat berkesan.Hal ini demikian kerana ketiga-tiga buah Negara tersebut diakui sudah mengusahakan herba sejak beribu tahun dahulu.

4.MENGADAKAN PAMERAN PERDAGANGAN
Jenama produk herba Malaysia juga dapat ditonjolkan di peringkat antarabangsa melalui pameran perdagangan.Pengusaha herba tempatan harus mengambil peluang menimba pengetahuan dan pengalaman pengusaha lain serta memasarkan jenama produk mereka menerusi pengusaha-pengusaha yang hadir.Dengan ini,produk Negara akan dapat menembusi pasaran global.

BENCANA ALAM

BENCANA ALAM

BENCANA ALAM ADALAH SESUATU YANG SEMULAJADI.SELAIN ITU,AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA JUGA BOLEH MENYUMBANG BERLAKUNYA BENCANA ALAM.ANTARA CONTOH BENCANA ALAM IALAH KEJADIN TSUNAMI.TRAGEDI TSUNAMI YANG BERLAKU PADA 26 DISEMBER 2004 TELAH MENGGEMPARKAN SELURUH DUNIA.TSUNAMI SEBENARNYA IALAH PERKATAAN YANG BERASAL DARIPADA PERKATAAN JEPUN YANG MEMBAWA MAKSUD “OMBAK PELABUHAN”.ISTILAH INI ASALNYA MERUJUK KEPADA KESAN OMBAK YANG DISEBABKAN OLEH KAPAL-KAPAL YANG BERLABUH.KINI,ISTILAH ITSUNAMI DIGUNAKAN BAGI MERUJUK KEPADA FENOMENA OMBAK BESAR YANG MELANDA KAWASAN PANTAI.OMBAK TSUNAMI BERBEZA DARI OMBAK-OMBAK LAIN.OMBAK LAIN MEMPUNYAI TEMPOH HAYAT 10 SAAT DENGAN PANJANG GELOMBANGNYA 150 METER,MANAKALA TSUNAMI MEMPUNYAI TEMPOH HAYAT SEHINGGA SATU JAM DENGAN PANJANG GELOMBANGNYA MELEBIHI 700 KILOMETER SEJAM.TSUNAMI TERBENTUK AKIBAT PERGERAKAN LAPISAN BUMI DI DASAR LAUT YANG MENGAKIBATKAN AIR LAUT TERALIH SECARA MENEGAK.PERGERAKAN LAPISAN BUMI INI MENYEBABKAN GEMPA BUMI TEKTONIK.SEKIRANYA GEMPA BUMI TEKTONIK TERBENTU DI DASAR LAUT,BERKEMUNGKINAN BESAR TSUNAMI BOLEH TERBENTUK.

SELAIN TSUNAMI, GEMPA BUMI JUGA ADALAH SALAH SATU DARI BENCANA ALAM. GEMPA BUMI ADALH GEGARAN YANG BERLAKU SECARA TIBA-TIBA DISEBABKAN OLEH TENAGA YANG SEKIAN LAMA TERSIMPAN DI DALAM BATUAN BUMI YANG TIBA-TIBA TERKELUAR.GEMPA BUMI MENYERUPAI GELOMBANG AIR ATAU GELOMBANG BUNYI DALAM CARA PERGERAKANNYA.IA BIASANYA BERLAKU DALAM BEBERAPA SAAT ATAU MINIT SAHAJA,NAMUN KEMUSNAHAN YANG TERHASIL MUNGKIN BANYAK.GEMPA BUMI BOLEH MENYEBABKAN BUMI MEREKAH DAN MEMUSNAHKAN BANYAJK HARTA BENDA SEPERTI BANGUNAN,JAMBATAN,JALAN RAYA,RUMAH-RUMAH KEDIAMAN DAN MENGORBANKAN BANYAK NYAWA.GEMPA BUMI BESAR YANG BERLAKU DI DASAR LAUT KADANGKALA BOLEH MENGAKIBATKAN TSUNAMI ATAU ‘OMBAK BESAR’,SEPERTI YANG BERLAKU DI LAUTAN HINDI PADA 26 DISEMBER 2004.

TANAH RUNTUH JUGA MERUPAKAN BENCANA ALAM.TANAH RUNTUH MERUPAKAN PERGERAKAN TANIH ,BATUAN SERTA BAHAN YANG MEMBENTUK CERUN DI BAWAH PENGARUH GRAVITI.IA BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAI SATU PROSES SEMULAJADI SERTA AKIBAT DARIPADA AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA.TANAH RUNTUH JUGA TERDIRI DARIPADA PELBAGAI SAIZ,JENIS DAN FREKUENSI.

FAKTOR BERLAKUNYA BENCANA ALAM
1)PENEBANGAN HUTAN HARAM
SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA NEGARA KITA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG MEMPUNYAI HUTAN YANG LUAS DAN MEMPUNYAI ALAM FLORA DAN FAUNA YANG INDAH.MALANGNYA ALAM INI SEMAKIN HARI SEMAKIN KURANG KERANA AKTIVITI MANUSIA ITU SENDIRI.PARA PEMAJU PROJEK MENEBANG POKOK TANPA MENGIRA KESAN-KESAN YANG BERLAKU TERHADAP FLORA DAN FAUNA.HUTAN ADALAH TEMPAT UNTUK HAIWAN-HAIWAN MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA.HABITA HAIWAN AKAN MUSNAH DAN KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA AKAN BERLAKU.INI MENYEBABKAN TANAH RUNTUH AKAN BERLAKU.

2)FAKTOR GEOGRAFI.
SELAIN ITU,BENTUK GEOGRAFI SESUATU KAWASAN TERSEBUT MENYUMBANG KEPADA BERLAKUNYA BENCANA ALAM.CONTOHNYA TSUNAMI.TSUNAMI BERLAKU AKIBAT GEMPA BUMI TEKTONIK YANG BERLAKU DI DASAR LAUT.HENTAKAN KUAT PLAT TEKTONIK TELAH MENYEBABKAN KEDUDUKANNYA KURANG STABIL DAN WUJUD KETIDAKSTABILAN PADA PERMUKAAN BUMI.

3)PEMBANGUNAN YANG TIDAK TERANCANG
NEGARA KITA SEMAKIN PESAT MEMBANGUN KERANA MEMPUNYAI BANYAK PERALATAN YANG MODEN DAN CANGGIH.CONTOHNYA BANGUNAN-BANGUNA PENCAKAR LANGIT SEPERTI KLCC DAN PWTC.SELAIN ITU BANGUNAN PUSAT UNUTUK MEMBELI BELAH UJUGA SEMAKIN BANYAK.HAMPIR SETIAP NAGERI DI DALAM NEGARA KITA MEMPUNYAI BANGUNAN-BANGUNAN YANG TINGGI TETAPI PARA PEMAJU PROJEK LUPA AKAN KEPENTINGAN ALAM SEKITAR SEMASA MEMAJUKAN SESUSTU TEMPAT TERSEBUT.KEGIATAN SEPERTI PEMUSNAHAN HUTAN YANG TIDAK TERANCANG MERNYEBABKAN BENCANA ALAM BERLAKU.GAS KARBON DIOKSIDA SEMAKIN BERTAMBAH DI ATMOSFERA DAN SUHU AKAN MENINGKAT.

CARA MENGAWAL BENCANA ALAM
#MENCARI BAHAN GANTIAN CFC.
-MENGGUNAKAN HIDROPLOROKARBON
(HFS) DAN HIDROKLOROKARBON (HCFC).
-BAHAN INI DIGUNAKAN UNTUK MENGURANGKAN PENIPISAN LAPISAN OZON.
-KITA JUGA DIGALAKAN SUPAYA TIDAK KERAP MENGGUNAKAN ATAU MENGURANGKAN PENGGUNAAN ALAT PENGHAWA DINGIN.
-MENGGUNAKAN GAS YANG DAPAT DIKITAR SEMULA,CONTOHNYA:
*PETI SEJUK
-SELAIN ITU JUGA,KITA MESTI MENGURANGKAN PENGGUNAAN RACUN SERANGGA.

#MENGAWAL STRUKTUR TANAH
-INI PERLU KERANA UNTUK MENGELAKKAN TANAH RUNTUH TERUS BERLAKU.
-MENERESKAN TANAH BUKIT YANG TINGGI.
-SELAIN ITU,KITA JUGA BOLEH MENANAM TANAMAN TUTUP BUMI,CONTOHNYA:
*KEKACANG,GAJUS DAN UBI.

#SISTEM AMARAN AWAL TSUNAMI KEBANGSAAN(SAATNM)
-SAATNM TERDIRI DARIPADA DUA BAHAGIAN UTAMA IAITU:-
*BOYA LAUT DALAM
*TSUNAMETER
-ALAT-ALAT INI DILENGKAPI DENGAN
*KOMPONEN PEMANTAUAN ,
*INTEGRASI DATA,
*KOMPONEN MENGHASILKAN KEPUTUSAN DAN
*KOMPONEN PEMBERITAHUAN AMARAN.
-SISTEM BOYA DILENGKAPI KPMPONEN BERIKUT
*STRUKTUR ATAS LUNAS PENGIMBANG,TIANG DAN
*SISITEM PEMBEKAL KUASA,
*PENAMBAT UNTUKDILEPASKAN KE DALAM AIR DAN
PENGESAN.
-IA TERMASUK PELEKAP DASAR LAUT TSUNAMETER, SISTEM TELEMETRI AKUSTIK MENGHUBUNGKAN TSUNAMETER DAN BOYA SERTA SISTEM TELEMETRI DATA SATELIT(INMARSAT C)

KESAN BENCANA ALAM
1)MANUSIA TERKORBAN
BENCANA ALAM ADALAH SESUATU YANG MENGGERUNKAN DAN BOLEH MENGORBANKAN ORANG RAMAI TIDAK MENGIRA USIA DAN PANGKAT,MAHUPUN BANGSA.CONTOHNYA TSUNAMI.TRAGEDI INI AKAN DIINGATI OLEH MASYARAKAT DUNIA HINGGA KE AKHIR HAYAT MEREKA.INI KERANA RAMAI MANGSA-MANGSA TELAH TERKORBAN DAN TELAH DIHANYUTKAN OLEH GELOMBANG YANG BESAR DAN DERAS ITU.

2)HARTA BENDA ROSAK
GEMPA BUMI BOLEH MERUNTUHKAN BANGUNAN-BANGUNAN YANG BESAR.TIDAK HAIRANLAH HARTA BENDA KITA DAN KEMUDAHAN AWAM AKAN ROSAK DAN MUSNAH APABILA GEMPA BUMI BERLAKU.GEMPA BUMI JUGA BOLEH MERUNTUHKAN JAMBATAN-JAMBATAN BESAR.CONTOHNYA GEMPA BUMI SEBUAH BANDAR PURBA DI IRAN YANG MENYEBABKAN BAM RANAP.

3)HIDUPAN FLORA DAN FAUNA MUSNAH
SELAIN MANUSIA,HIDUPAN FLORA DAN FAUNA JUGA AKAN MUSNAH.LEBIH-LEBIH LAGI HIDUPAN YANG TINGGAL DI DARAT YANG BERDEKATAN DENGAN PANTAI.HIDUPAN INI AKAN LEMAS DITENGGELAMI OLEH AIR DAN SECARA TIDAK LANGSUNG HIDUPAN FLORA DAN FAUNA QAKAN SEMAKIN PUPUS.

1 MALAYSIA

1MALAYSIA
Pengurusan strategik terbaik harus penuhi objektif capai perpaduan negara, pembangunan modal insan
NEGARA meraikan ulang tahun ke-53 kemerdekaannya pada 31 Ogos ini, sambil Asean juga meraikan ulang tahunnya ke-42 pada Sabtu ini. Kedua-dua peristiwa itu mempunyai kesan mendalam terhadap keseluruhan proses pembangunan, kestabilan, kemajuan serta kemakmuran negara dan keselamatan serantau. Soal yang lebih genting ialah setakat mana dapat kita lihat pertalian antara dasar luar Malaysia dan perkembangan Asean dalam tempoh lebih empat dekad kebelakangan ini, serta impak hubungan Malaysia-Amerika terhadap keselamatan Asia secara keseluruhan.
Usaha kuasa tempatan mewujudkan jati diri kebangsaan mahupun serantau bermula dengan penubuhan Persatuan Asia Tenggara atau ASA pada 1961. Pembentukan rangka kerjasama antara tiga negara pengasas iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina adalah petanda terpenting dari sudut inisiatif tempatan bagi memupuk kerjasama serantau berlandaskan keperluan dan aspirasi tempatan.
Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra memainkan peranan penting memajukan kerjasama sosiobudaya berasaskan andaian kemajuan pada peringkat ini akan disambung ke arena kerjasama politik, ekonomi dan keselamatan. Jadi, kerjasama sosial dan budaya pada tahap awal, berkembang pula keazaman politik untuk melonjak ke paras lebih tinggi dan mencabar.
Daripada menentang komunis menerusi strategi dan program 'keselamatan dan pembangunan', negara terus memerangi keganasan sehingga Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1989 secara rasmi meletakkan senjata. Dasar luar Malaysia berjaya mengukuhkan dasar pembangunan sosioekonominya ke arah perpaduan serta pembangunan ekonomi.
Peranan aktif dimainkan Malaysia dalam forum Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) menghasilkan gambaran pada dekad 1980-an sebagai juara memupuk kerjasama antara Selatan-Selatan. Usaha menumpaskan komunisme melambangkan kesanggupan pemimpin pengasas Asean membina negara bangsa yang mencerminkan hasrat rakyat mendokong sistem demokrasi serta mengembangkan kerjasama serantau berteraskan keperluan tempatan.
Kerjasama serantau dan Asean dengan kuasa luar mencerminkan matlamat sama yang hendak dimajukan negara Asia Tenggara. Sehubungan itu, Asean memulakan hubungan rakan dialog dengan semua kuasa luar, termasuk Amerika Syarikat (AS) sejak 1970-an. Dialog AS-Asean yang pertama diadakan pada 1977.
Sejak tamatnya Perang Dunia Kedua, kuasa dan pengaruh AS ketara menonjol khasnya dari sudut keupayaan dan peranannya sebagai penjamin keselamatan di rantau Asia-Pasifik. Suatu simbol kesinambungan peranan keselamatan Amerika di Asia dapat dilihat dalam pengekalan pakatan tentera Amerika Syarikat-Jepun yang termeterai pada 1951.
Asean mengambil pendirian strategik mengenai pakatan dua hala itu – kerjasama keselamatan AS-Jepun membawa manfaat kepada seluruh Asia khususnya dari segi menstabilkan keselamatan dalam keadaan tidak menentu selepas tamatnya Perang Dingin pada 1990. Di samping itu, pakatan berkenaan membebaskan negara yang baru merdeka daripada belanja berlebihan untuk pertahanan, sebaliknya membuka peluang menghulurkan tenaga kepada pembangunan.
Globalisasi mendesak negara serantau menggubal dasar politik dan ekonomi domestik ke arah menyelaraskan ekonominya kepada tuntutan baru yang muncul daripada persekitaran luar. Persoalan paling mencabar adalah menyambut tuntutan dan desakan luar tanpa mengorbankan jati diri negara mahupun ciri kebangsaan yang setakat ini berjaya memantapkan sistem politik, ekonomi dan sosial.
Dalam konteks ini, Malaysia sendiri berasa tercabar daripada pelbagai sudut – mempertahankan kedaulatan negara sambil membuka sektor domestik bagi pelaburan luar supaya kedua-dua pihak dapat menikmati pembangunan ekonomi serta kemantapan serantau.

Wawasan 2020 yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991 membayangkan pandangan strategik bagaimana Malaysia sebagai negara majmuk harus menangani pelbagai cabaran, dalam dan luar, dengan cetusan era globalisasi sejak 1990-an. Konsep mengukuhkan perpaduan tidak jauh bezanya daripada memperkasakan serantau.
Maka konsep pengurusan strategik menjadi neraca mengimbangi segala unsur positif dan negatif yang menyusul dengan sesuatu tindakan diambil. Sesuatu strategi terbaik, bernas dan berkesan harus memenuhi objektif mencapai perpaduan negara, pembangunan modal insan dan fizikal, dan memastikan daya saing negara tanpa kompromi.
Penggubalan dasar harus menepati landasan ditetapkan demi kebaikan semua rakyat Malaysia. Daripada perspektif ini, Wawasan 2020 sudah pun merangka strategi, dasar dan langkah yang kini dipaparkan sebagai gagasan '1Malaysia'.
Walaupun falsafah yang membimbing kedua-dua gagasan itu sama, pelaksanaannya akan buntu jika pegangan minda yang enggan menerima realiti bahawa dasar dan strategi yang berkesan dulu masih menebal kerana ia mungkin kurang relevan kepada perubahan zaman. Begitu pun, perubahan psikologi pemimpin serta masyarakat tidak akan berlaku secara mendadak; perlukan masa, usaha dan kesanggupan melakukan perubahan.
Justeru, konsep '1Malaysia' boleh ditafsirkan sebagai pemangkin menyeru rakyat berganding bahu meningkatkan prestasi negara pada peringkat domestik, serantau mahupun di persada dunia. Dasar liberalisasi sektor tertentu di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bertujuan meyakinkan rakyat Malaysia bahawa, memandangkan kegawatan ekonomi dunia masa kini, kerajaan peka dan insaf kepada tuntutan masyarakat dan berazam menunaikan aspirasi rakyat.
Namun, cabaran lebih genting kepada pemerintahan baru ialah sama ada langkah politik dan ekonomi yang diambil dapat dipertahankan untuk jangka panjang tanpa mengorbankan tujuan mencapai kesaksamaan sosioekonomi, mempertahankan kedaulatan sistem demokrasi berpolitik, ketelusan pentadbiran dan kesediaan mendengar suara rakyat.

PENYELUDUPAN MANUSIA DI MALAYSIA

Informasi Tentang Penyeludupan Manusia di Malaysia
Dipetik daripada - Bernama.com
Rencana bertajuk : Amerika Sambut Baik Usaha Malaysia Perangi Penyeludupan Manusia
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (A.S) mengalu-alukan usaha terbaru Malaysia untuk memerangi penyeludupan manusia di sebalik langkah negara berkenaan meletakkan semula Malaysia dalam senarai negara yang tidak melakukan secukupnya untuk memerangi ancaman itu.Seorang pegawai kedutaan A.S di sini memberitahu Bernama menerusi perbualan telefon bahawa A.S menyambut baik penahanan sembilan orang baru-baru ini, termasuk lima pegawai Jabatan Imigresen, kerana didakwa terbabit dalam kes penyeludupan manusia.
Beliau berkata A.S memahami bahawa kerajaan Malaysia menjalankan siasatan serta proses perundangan terhadap kes berkenaan dan negara itu kini menantikan selesainya penyiasatan."Kerajaan Malaysia telah pun membayangkan minatnya untuk menjalin perkongsian dengan A.S dan negara lain di rantau ini bagi memerangi penyeludupan manusia."Kami berasa terdorong oleh ikrar yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung penyeludupan manusia dan kami mengharapkan kemajuan yang berterusan dalam isu ini," katanya.
Bulan lepas, Amerika Syarikat meletakkan semula Malaysia dalam senarai negara yang disyaki tidak melakukan secukupnya untuk memerangi penyeludupan manusia, bersama-sama dengan enam negara Afrika -- Chad, Eritrea, Niger, Mauritania, Swaziland dan Zimbabwe.Semalam, media melaporkan sembilan orang, termasuk lima pegawai Jabatan Imigresen Johor, ditahan baru-baru ini kerana didakwa terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia antarabangsa.
Suspek dipercayai menerima bayaran daripada sebuah sindiket bagi "jualan" sekumpulan manusia, kebanyakannya terdiri daripada pelarian Rohingya, sebagai buruh paksa dalam pelbagai sektor seperti industri perikanan.-- BERNAMA
Dipetik daripada : http://www.utusan.com.my/utusan
Tajuk Artikel : "Malaysia, Australia sepakat banteras penyeludupan manusia"
06/07/2009 4:06pm
Oleh HELMI MOHD. FUAD
PUTRAJAYA 6 Julai - Malaysia dan Australia bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi.

Kedua-dua negara juga bersetuju agar kerjasama serantau diperlukan bagi memastikan semua langkah yang diambil bagi menangani masalah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Perkara tersebut dicapai dalam mesyuarat pertama Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dengan rakan sejawatannya, Stephen Smith di Wisma Putra di sini hari ini.

Menurut Anifah, kedua-dua negara turut bersetuju, agar punca sebenar penyeludupan manusia dikenal pasti seperti keadaan ekonomi dan konflik yang berlaku di negara tertentu.

"Kita akui ini bukan masalah Malaysia, kita kena lihat keseluruhan senario di negara-negara yang berlaku konflik dan bagaimana kita boleh membantu mereka, lagi pun Malaysia mempunyai garis sempadan yang panjang.

"Keutamaan kita adalah usaha menyelesaikan masalah penyeludupan manusia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan agar semua agensi bertindak,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat pertama dengan rakan sejawatannya itu di sini hari ini. - Utusan

INDUSTRI SAINS ANGKASA

INDUSTRI SAINS ANGKASA

Pengenalan : DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK - Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menjadi salah sebuah negara yang berkeupayaan menerokai angkasa lepas. Selain memberi fokus terhadap bidang strategik seperti bioteknologi dan ICT, bidang aero angkasa juga berpotensi untuk digarap dan dibangunkan. Bagi tujuan ini, kerajaan memberi fokus terhadap kesedaran masyarakat mengenai sains angkasa dan kesannya kepada manusia melalui komunikasi, tenaga, perubatan, biologi, pendidikan dan sebagainya.

Langkah memajukan Industri Sains Angkasa :
Penubuhan Planetarium Negara merupakan langkah Kerajaan untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi perkembangan dan pembangunan sains angkasa di negara ini. Dengan wujudnya planetarium ini adalah diharapkan bidang sains angkasa di negara ini akan dimajukan selaras dengan pembangunan negara. Untuk mencapai taraf negara maju, Malaysia juga tidak boleh ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi, terutama sains dan teknologi angkasa. Planetarium Negara boleh menjalankan tugas menambah pengetahuan masyarakat kerana ia akan menyajikan program yang secara langsung atau tidak langsung meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap sains secara keseluruhan.Penubuhan Planetarium Negara di bawah Bahagian Kajian Sains Angkasa juga merupakan langkah penting dalam membangunkan kumpulan tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi angkasa.

Sebagai strategi untuk membangunkan industri dan sains angkasa negara ini, langkah-langkah seperti berikut patut diambil.* Syarikat-syarikat dan institusi-institusi Malaysia patut melibatkan diri dalam program- program angkasa luar negara yang terpilih yang selaras dengan kekuatan saintifik dan industri tempatan; * Mewujudkan perhubungan rasmi dengan agensi-agensi angkasa di Eropah, Asia dan Amerika dalam program atau projek bagi membolehkan penyertaan saintifik dan industri Malaysia dalam projek-projek yang selaras dengan strategi sains dan industri Malaysia; dan* Mempromosikan perhubungan kerajaan dengan kerajaan yang lebih rapat di kalangan negara serantau yang boleh membawa faedah bersama dalam membangunkan aktiviti-aktiviti saintifik dan komersil yang kekal kepada sains dan industri Malaysia.

Untuk membolehkan bidang sains angkasa di negara ini terus dibangunkan dan berkembang, suatu dasar dan program angkasa yang komprehensif perlu diadakan. Ini memandangkan Malaysia akan menghadapi permintaan yang bertambah terhadap keperluan dan perkhidmatan yang disediakan melalui teknologi dan penggunaan angkasa. Keperluan ini termasuk pengawasan alam sekitar, pencarigalian bahan mentah, pertahanan, pengukuran dan pemetaan, penyelidikan, pendidikan, kerja-kerja mencari dan menyelamat dan telekomunikasi.

Penubuhan Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan, yang menguruskan keperluan kerajaan di dalam teknologi aero angkasa dan satelit, selain daripada mengenalpasti infrastruktur dan merangka polisi aero angkasa kebangsaan. Agensi ini turut bertanggungjawab merangka pelan strategik untuk program angkasa lepas dan satelit negara.

Kerajaan juga telah melancarkan Program Angkasawan Kebangsaan untuk menghantar angkasawan tempatan ke angkasa lepas pada tahun 2007 di samping menjalinkan kerjasama erat di antara Malaysia dan Rusia di dalam bidang pemindahan teknologi aero angkasa.

Mewujudkan program ijazah di dalam bidang sains angkasa di Universiti Sains Malaysia (USM). Kini, USM menawarkan Program Kejuruteraan Aero Angkasa yang memberi penekanan kepada reka bentuk kenderaan angkasa termasuk satelit. Aktiviti kajian kejuruteraan aero angkasa juga dijalankan di fakulti ini oleh kakitangan akademik yang merangkumi bidang Aeronautics, Astronautics dan Satellite Technology. Di samping kajian individu, kakitangan akademik juga terlibat di dalam kajian-kajian lain serta projek perundingan yang dijalankan secara usahasama.

Program “Malaysia International Aerospace Show 2005” (MIAS 2005) - membantu kerajaan mengubah persepsi masyarakat mengenai industri aero angkasa. Program yang memuatkan maklumat lengkap mengenai bidang aero angkasa dan padat dengan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas akan memberi pendedahan berguna kepada masyarakat.

Kepentingan/Faedah :
Bagi mencapai Wawasan 2020, kita perlu menghasilkan masyarakat saintifik dan progresif yang inovatif dan berwawasan, yang bukan sahaja menggunakan teknologi tetapi menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan

Dalam banyak cara, sains angkasa telah mendedahkan kita kepada suatu konsep yang baharu mengenai dunia. Ia telah menyedarkan kita bahawa manusia tinggal di sebuah planet yang mempunyai ruang dan sumber yang terhad, dan disebabkan kedudukannya yang unik relatif kepada matahari, ia hanya akan dapat terus menampung kehidupan menerusi sistem yang sensitif dan juga yang mudah termusnah. Tanpa pengetahuan sains angkasa dan teknologi angkasa, fakta-fakta yang dinyatakan ini tidak akan disedari dan dihayati serta disampaikan kepada masyarakat seluruh dunia.

Kerajaan menganggap sains angkasa penting kerana impaknya ke atas politik antarabangsa, pertahanan, sosio-ekonomi dan budaya negara kita. Kerajaan juga amat prihatin atas sebarang usaha untuk mengeksploitasi ruang angkasa atau mana-mana jasad samawi atau 'celestial body

Aktiviti-aktiviti di angkasa menunjukkan arah aliran yang harus diberi perhatian oleh negara kita.Sekarang terdapat usaha menjerat tenaga suria di angkasa untuk disalur kepada permukaan bumi; sebuah stesen angkasa berkemampuan menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan industri akan ditubuhkan oleh satu konsortium antarabangsa dalam abad 21 dan rancangan untuk menghantar manusia ke planet Marikh masih belum dibatalkan walaupun ada beberapa kerumitan.

Dengan bermulanya abad ke dua puluh satu, jelaslah bahawa aktiviti-aktiviti dan teknologi angkasa akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Demikian juga teknologi angkasa akan membekalkan maklumat yang penting kepada manusia sejagat dalam mengeksploitasi hasil dan bahan mentah bumi tanpa mendatangkan kesan yang buruk kepada alam sekitar. Era baru dalam perhubungan antarabangsa, iaitu era kerjasama telah membolehkan kerjasama antarabangsa secara keseluruhan dalam aktiviti-aktiviti angkasa. Ini termasuklah penggunaan teknologi angkasa untuk mengawasi alam sekitar dan meningkatkan keberkesanan aktiviti-aktiviti diplomasi dan keamanan.

Dengan kedatangan sistem komunikasi satelit, sistem panduarah satelit dan 'remote sensing', industri angkasa yang lebih bermirip komersil telah dibangunkan.

Pasaran bukan-ketenteraan sahaja di peringkat antarabangsa untuk industri angkasa ini telah menghasilkan perdagangan berjumlah beberapa ribu juta ringgit setiap tahun. Industri angkasa berada pada era kemuncak teknologi baru dalam banyak bidang, termasuk elektronik, robotik, bahan-bahan baru, sistem perejanan (propulsion), komunikasi, pengecilan (miniaturisation) sistem-sistem, tenaga suria, pemprosesan isyarat dan opto-elektronik.

Penemuan-penemuan baru dalam bidang angkasa dapat menyumbang ke arah lain-lain industri termasuk aeronautics, kejuruteraan aerospace, komunikasi, komputer dan pertahanan. Oleh itu kita tidak harus lepaskan peluang untuk menceburi industri angkasa, malahan memimpinnya.

Sepanjang 10 hari di ISS, Dr Sheikh Muszaphar membuat kajian saintifik berhubung kesan mikrograviti dan radiasi di angkasa lepas terhadap sel dan mikrob serta uji kaji penghabluran protein untuk kegunaan industri. Kejayaan penerbangan pertama bukan setakat kerana angkasawan kita dapat kembali ke bumi sesudah menyempurnakan beberapa tugas termasuk menyiapkan beberapa uji kaji saintifik. Tetapi lebih daripada itu ialah apabila berjaya menyemarakkan minat seluruh rakyat terutama di kalangan generasi muda untuk memahami dan mengambil tahu mengenai bidang angkasa lepas. Ini adalah bidang teknologi paling canggih di dunia kerana menampilkan paling banyak inovasi dan memerlukan ketajaman penguasaan matematik dan ilmu sains teknologi. Selain itu, ia turut memberi kesan limpahan terhadap aspek moral dan psikologi rakyat.

Seperti yang sering dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bahawa program angkasawan negara secara asasnya berkaitan dengan aspirasi untuk membangkitkan kesedaran rakyat sejauh mana negara kita sudah berkembang selepas mencapai kemerdekaan selama 50 tahun. Ia disandarkan untuk memacu negara mencarta pertumbuhan baru dalam abad ke-21.

Justeru, manfaat besar yang diraih daripada program itu mewajarkan kerajaan menyediakan dana yang bersesuaian supaya Malaysia dapat terus menjadi pemain serius dalam bidang penerokaan angkasa lepas.

Bidang aeroangkasa yang membabitkan penerokaan angkasa lepas sebenarnya langkah besar kita kepada masa depan dengan menjadikan sains dan teknologi sebagai tunjang meraih kejayaan. Kita sedar bahawa kecemerlangan dalam sains dan teknologi sajalah yang akan menjadikan Malaysia berdaya saing, lebih-lebih lagi dalam dunia yang kemajuan dan pertumbuhan pesat ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada kedua-dua bidang itu.

Misi kedua yang akan disertai Mejar Dr Faiz Khalid menyaksikan angkasawan kita memainkan peranan lebih penting termasuk membuat kerja di angkasa lepas atau ‘space walk’. Ini adalah peranan dalam proses pengembangan ISS yang dijangka disempurnakan menjelang hujung 2012. Sebuah modul baru dikenali Makmal Penyelidikan Columbus, sumbangan Agensi Angkasa Eropah (ESA) baru dibawa dengan kapal angkasa ulang alik Discovery milik NASA pada 24 Oktober lalu. Kesan limpahan daripada program angkasawan bukan setakat kita mendapat akses segera dalam bidang sains angkasa lepas. Tetapi, lebih penting juga adalah aspek pemindahan teknologi dalam pelbagai bidang lain yang berkaitan daripada pemain utama industri ini seperti Russia yang sudah 40 tahun menguasai teknologi roket angkasa lepas.

TANAMAN ORGANIK

TANAMAN ORGANIK

DEFINISI
Pertanian organik adalah satu pertanian mesra alam yang tidak menggunakan baja kimia, racun perosak dan bahan penggalak tumbuhan. System ini bergantung kepada penggunaan bahan organik dalam bentuk kompos, baja hijau atau sungkupan untuk mengekal dan menambahkan kesuburan tanah. Di samping itu pertanian organik mengamalkan kawalan biologi bagi perosak dan rumpai.
KEBAIKAN TANAMAN ORGANIK

1. MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH
Kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan meningkatkan lagi kesuburan tanah. Hal ini kerana pertanian organik dilakukan melalui pelbagai cara contohnya tanaman giliran. Cara ini adalah tanam yang lebuh daripada satu tanaman di kawasan yang sama tetapi pada masa yang berlainan. Tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Oleh itu, tanah akan kekal subur malahan semakin subur melalui tanaman organik.

2. MENGELUARKAN MAKANAN YANG SELAMAT
Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat. Tanaman organik semestinya akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja kimia. Hal ini kerana tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan untuk mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman. Justeru tanaman organik menghasilkan makanan yang selamat.

3. MENGITAR SEMULA SISA PERTANIAN, SISA DAPUR, SISA LAMAN DAN NAJIS HAIWAN TERNAKAN SECARA BIOLOGIKAL
Tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian, sisa dapur, sisa laman, dan najis haiwan ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. Contohnya dengan menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak perlu membazirnya dengan membuang begitu sahaja.

4. MENGAWAL RUMPAI DAN PEROSAK
Di samping itu, mengawal perosak dan melalui kaedah biologi, fizikal, kultura dan kegunaan pokok penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya dengan wujudnya pertanian organik. Pokok penangkis perosak seperti serai wang tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh digunakan untuk memasak. Hakikatnya, tanaman organik membantu mengawal rumpai dan perosak melalui kaedah biologi.

LANGKAH MENARIK MINAT MASYARAKAT TERHADAP TANAMAN ORGANIK
1. MEMBERIKAN ILMU PENGTAHUAN TERHADAP MASYARAKAT
Memberikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat adalah satu langkah untuk menambahkan minat masyarakat. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat jahil tentang risiko penggunaan racun perosak kepada tanaman mahupun alam sekitar. Dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka, mereka akan mengurangkan aktiviti penggunaan racun perosak dan akhirnya akan mengusahakan pertanian organik. Jelasnya menyampaikan ilmu pengetahuan tentang kebaikan tanaman organik akan menambah minat masyarakat.

2. MEMBERIKAN PERUNTUKKAN PERBELANJAAN KEPADA PEMINAT TANAMAN INI
Begitu juga dengan memberikan peruntukkan perbelanjaan kepada masyarakat yang meminati tanaman jenis ini. Kebanyakan mereka yang minat terhadap tanaman ini kekurangan modal untuk mengusahakannya disebabkan kos yang terlalu tinggi. Dengan bantuan yang diberikan oleh pihak berwajib akan membolehkan tanaman ini diusahakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

3. MENGGALAKKAN PASARAN SECARA MELUAS TERHADAP TANAMAN INI
Seterusnya adalah menggalakkan pasaran secara meluas terhadap tanaman ini. Sebelum ini tanaman ini sinonim dengan orang yang berada sahaja disebabkan harga makanannya yang terlalu mahal. Namun jika ia tidak dipasarkan kepada masyarakat sekeliling tanaman ini tidak akan dibeli dan seterusnya tanaman ini tidak akan diusahakan lagi disebabkan tiada keuntungan yang diperoleh. Justeru tanaman ini harus diperkenalkan kepada masyarakat sekeliling supaya mereka membantu ekonomi pengusaha untuk terus melaksanakan tanaman organik.

4. MENANAM TANAMAN YANG MENJADI MAKANAN SEHARIAN MANUSIA
Untuk itu juga adalah menanam tanaman yang menjadi makanan seharian manusia. Contohnya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Masyarakat akan sentiasa membeli makanan ini untuk dijadikan lauk masakan walaupun ia terlalu mahal. Disebabkan ingin berjimat masyarakat akan menanam tanaman jenis ini sendiri akhirnya. Oleh itu, dengan menanam makanan yang menjadi tumbuhan seharian akan menambah minat masyarakat terhadap tanaman ini.

WARGA EMAS

WARGA EMAS

Isu kita dengar adalah "Warga Emas diabaikan"..... Namun warga emas ini sebenarnya juga membari sumbangan kepada negara...

A) SUMBANGAN
i)BANTU PEMBANGUNAN NEGARA
Keupayaan untuk berdikari dapat memenuhi keperluan asas warga emas melalui sumber pandapatan,sokongan ke;uarga,dan masyarakat.Pelbagai kemudahan juga wajar disediakan agar mereka terus berkhidmat dan memberi sumbangan kepada Negara.Warga emas diharapkan dapat menikmati persekitaran yang selamat dan terus tinggal bersama dengan keluarga masing-masing.Mereka juga boleh menyumbangkan keupayaan mereka ke arah pembangunan Negara.Penyetaan tersebut membolehkan mereka melibatkan diri dalam perlaksanaan dasar-dasar berkaitan dengan kesejahteraan mereka.Pengetahuan dan kemahiran mereka perlu diwarisi oleh generasi muda.

ii)PENASIHAT
Berperanan sebagai penasihat dan ahli lembaga pengarah.Begitu juga sebagai tempat rujukan akhir mengenai sesuatu tindakan dan keputusan yang ingin dibuat.Mereka juga dapat memainkan peranan dalam menghidupkan konsep kejiranan dalam masyarakat serta menangani masalah sosial remaja masa kini.

iii)MENYUMBANG TENAGA
Warga emas dapat menyumbangkan tenaga kerja yang lebih berkualiti.Seperti mereka dapat membuahkan idea yang lebih bernas berbanding orang muda disebabkan pengalaman yang lebih luas dan mendalam.

iv)MENJADI ROLE MODEL
Sikap warga emas yang dapat dicontohi oleh generasi muda dengan sikap mereka yang lebih matang dan berdisiplin dalam melaksanakan sesuatu tugas.Sikap warga emas mampu mempengaruhi fikiran generasi muda bagi menghasilkan modal insan untuk mencapai hasrat negara.
A) CARA MEMUPUK SEMANGAT MENGHORMATI WARGA EMAS
i)MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG
Kejayaan melahirkan masyarakat penyayang akan membuahkan hasil yang sangat menggalakkan.Masyarakat penyayang akan melahirkan anak-anak yang menyayangi dan menghormati orang tua.Sikap ini akan memastikan orang tua tidak akan diabaikan.Oleh yang demikian,selain pihak kerajaan,badan-badan bukan kerajaan juga boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk mengadakan kempen berterusan.Sikap penyayang akan disemai dan tindakan mengabaikan kebajikan ibu bapa akan dilihat sebagai satu tundakan yang tidak normal.Kesedaran ini boleh dipupuk melalui kempen atau hari yang dikhususkan untuk meraikan golongan tua seperti Hari Warga Tua.Mesej yang boleh disampaikan dalam kempen-kempen sebegini adalah untuk memastikan bahawa generasi muda tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit.

ii)MENGUKUHKAN PEGANGAN AGAMA
Individu yang berpegang teguh kepada agama dan nilai-nilai murni akan sentiasa berkelakuan baik.Oleh itu,pegangan agama yang kukuh boleh mendorong seseorang insane saling menyayangi dan saling menolong antara satu sam lain.Semua agama juga menuntut seorang anak menghormati dan meyayangi ibu bapa atau orang yang lebih tua.Denagn erti yang lain,anak-anak yang berpegang teguh kepada ajaran agama tidak akan mengabaikan ibu bapa mereka yang sudah tua berbanding dengan anak-anak yang tiada pegangan agama.Nilai-nilai murni yang diterapkan melalui system pendidikan dan melalui didikan ibu bapa akan dikukuhkan dengan pegangan agama.Nescaya,anak-anak yang mempunyai keperibadian mulia, tidak akan mengabaikan ibu bapa mereka yang tua.Sebaliknya,mereka akan menjaga ibu bapa yang tua dengan rela hati dan penuh tanggungjawab.

iii)SOKONGAN
Semua pihak harus membantu golongan ini dari segi sokongan seperti memberi mereka peluang untuk mengikuti latihan kemahiran dan juga pekerjaan.Sekiranya mereka diberikan peluang seumpamanya,pastilahmereka akan menjadi pkerja yang inovatif ddan produktif.Dengan membantu golongan kurang upaya ini,dapatlah kita sama-sama merealisasikan wawasan mewujudkan masyarakat penyayang,prihatin,berdya saing dan maju.

iv)KEMPEN KESEDARAN
Melalui kempen kesedaran,masyarakat dapat memupuk kesedaran dalam diri masing-masing.Nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan menghormati warga emas dapat diterapkan.Tanggungjawab anak-anak untuk menjaga orang tua mereka dapat dilaksanakan tanpa memerlukan pihak untuk menjaga orang tua mereka.

BARAH (KANSER)

BARAH(KANSER)
MENGENALI BARAH
· Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya,sel-sel ini akan membuat pembahagiaan dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
· Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan,ianya akan menghasilkan lebihan tisu.Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) malignan (tumor jenis barah).
· Sel-sel kanser memusnahkan bahagian-bahagian tertentu menyebabkan organ-organ yang terlibat tidak boleh berfungsi atau cacat.
· Kanser boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan seperti pada bahagian otak,tulang,usus dan kulit.

JENIS-JENIS KANSER DAN PUNCA-PUNCANYA
Kanser payudara
· Kanser payudara biasanya berlaku di kalangan wanita.
· Penghidap kanser ini biasanya berumur dalam lingkungan 35-55 tahun,tetapi tidak menyusukan bayi dan mengambil pil perancang.Statistik pada tahun 1986 menunjukan 11 orang daripada 100 000 wanita di Malaysia adalah pengidapnya.

Kanser paru-paru
· Kanser paru-paru disebabkan oleh nikotin,iaitu sejenis bahan yang terdapat di dalam rokok.
· Penghidapnya terdiri daripada orang yang banyak merokok dan orang yang sentiasa mendampingi perokok.
· Kanser ini merupakan salah satu penyakit barah yang sukar diubati.Ini kerana paru-paru merupakan organ yang amat sensetif dan mudah dijangkiti virus atau kuman.

Kanser pangkal rahim
· Kanser ini melibatkan kaum wanita terutama yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
· Barah pangkal rahim sangat bahaya kerana tanda-tandanya hanya dapat dikesan pada peringkat bahaya.Tanda-tanda kanser pangkal rahim ialah darah turun antara hari haid dan kehadiran cecair yang ganjil.
· Statistik menunjukan 90% kes yang dikesan pada peringkat awal dapat diselamatkan.Kes-kes yang terlambat hanya mempunyai peluang 10% untuk diselamatkan.

Kanser kulit
· Kanser yang sukar diubati.
· Ia adalah sejenis kanser yang disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya ultra ungu yang terlalu banyak.Kanser kulit banyak berlaku di kawasan lapisan ozon yang nipis.Sering kali ia dihidap oleh individu yang berkulit cerah.

Kanser otak
· Kanser otak melibatkan ketumbuhan atau tumor pada bahagian otak.Kerap kali mengalami sakit kepala yang teruk merupakan salah satu tanda-tanda kanser otak.

Kanser jenis lain
· Termasuk kanser mulut,kanser lidah,kanser usus,kanser perut dan bahagian organ dalaman yang lain.

Antara punca-punca lain yang telah dikenal pasti
1. Amalan makanan dan pemakanan seseorang.
· Makanan yang mempunyai kandingan lemak yang tinggi berupaya menyebabkan kanser payudara.
· Amaln makanan yang kurang lemak dan menggantikan protein seperti di Jepun mengurangkan kadar penghidap kanser ini.

2. Pencemaran alam setikar.
· Industri yang membebaskan bahan kloroflorokarbon (CFC) menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.
· Ozon yang nipis membenarkan lebih banyak sinaran ultraungu sampai ke bumi menyebabkan kejadian kanser kulit.Terutama kepada para peladang dan kelasi kapal.

3. Bahan kimia industri.
· Bahan kimia organic yang bersifat merangsang digunakan dalam industri getah,cetak,kulit,dan cat boleh mengakibatkan kanser pundit kencing.
· Pembangunan industri ini amat perlu untuk membangunkan Negara,tetapi menimbulkan risiko penyakit kanser kepada pekerja-pekerja.

4. Gaya hidup masyarakat .
· Gejala social yang turut berkembang dengan pembangunan sesebuah Negara.
· Perlakuan seks bebas dan pelacuran yang berleluasa boleh menimbilkan kanser pangkal rahim.
· Jangkitan kuman yang berpanjangan pada alat kelamin menyebabkan penyakit kanser.

5. Faktor kerjaya dan usia seseorang.
· Wanita zaman moden mengutamakan kerjaya dan berkahwin lewat.
· Wanita yang tidak mempunyai anak atau mendapat anak pertama lewat umur 30-an mempunyai risiko yang tinggi mengidap penyakit kanser buah dada dan serviks.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ATAU MENGURANGKAN KEBARANGKALIAN MENDAPAT KANSER
Amalan pemakanan yang sihat
· Usaha pencegahan penyakit kanser amalan pemakanan yang sihat adalah perlu.Ini kerana amalan pemakanan yang baik perlu untuk kesihatan,menjamin fungsi dan perkembangan normal organ-organ atau sel badan serta untuk pertumbuhan dan penjagaan badan.
· Amalan memakan makanan yang terlalu banyak lemak dan kolestrol perlu dielakkan.Amalan mengambil diet yang mengandungi lemak yang tinggi meningkatkan risiko serangan kanser.

Amalan budaya yang sihat
· Biasakan diri dengan gaya hidup yang lebih baik dan meniggalkan atau menjauhi diri daripada gaya hidup yang tidak baik.
· Kesedaran kepada perlunya budaya hidup seunpama ini adalah amat nyata,tambahan pula dengan adanya bukti-bukti saintifik yang menunjukan adanya kaitan negative antara tabiat kehidupan manusia dan kejadian penyakit.
· Budaya hidup atau amalan hidup yang negative seperti hubungan seks rambang atau seks bebas umpamanya akan mengakibatkan kanser-kanser organ seks.
· Menjauhkan diri daripada amalan merokok,hubungan seks luar nikah,mengamalkan pemakanan yang salah dan tidak sistematik,gemar berjemur di panas matahari atau sebarang amalan hidup yang boleh mendedahkan diri kepada risiko penyakit kanser.

Peranan kerajaan dan media massa
· Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan perlu memberi pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk pengetahuan mengenai penyakit kanser.
· Penampalan poster mengenai maklumat pencegahan penyakit secara meluas,pameran,seminar atau siri-siri cferamah.
· Peranan media massa iaitu dengan cara penyediaan ruangan khas mengenai kesihatan.
· Memperkenalkan prosedur-prosedur tertentu bagi mengelakan pengusahaan industri membuang bahan-bahan cemar sewenang-wenangnya.

Kesedaran kesihatan individu
· Patut menjalankan pemeriksaan kesihatan diri dari semasa ke semasa untuk memastikan tarf kesihatan stabil.
· Setiap individu perlu peka dengan taraf kesihatan.Apabila berlaku gangguan taraf kesihatan individu,segeralah dapatkan nasihat doktor.
· Kerap kali,ujian-ujian seperti mammogram sarankan untuk mengesan barah payudara,ujian ultra-sound dan pap-smear untuk kanser serviks,ujian darah untuk leukemia,ujian lambau dan ujian-ujian lain yang ada kaitan dengan penyakit kanser.

Rawatan-rawatan perubatan moden
· Diubati melalui pembedahan terutama kanser jenis ketumbuhan.Bahagian itu terpaksa dibuang dengan memotongnya semasa pembedahan.
· Terdapat juga cara pengubatan yang menggunakan pancaran yang menggunakan laser untuk membunuh sel-sel kanser terutama bagi sel-sel kanser yang boleh merebak agak luas kerana pembedahan tidak boleh dilakukan untuk membuang organ yang terlibat seperti hati,kerongkong dan lidah.
· Dalam sesetengah kes,kedua-dua pembedahan dan pancaran laser dikenakan pada bahagian-bahagian yang terlibat.
· Beberapa jenis terapi seperti kemoterapi,terapi hormon dan terapi radar digunakan sebagai cara rawatan,tetapi dilakukan secara berasingan bergantung kepada keadaan sesuatu kes kanser.
· Hasil kajian telah menghasilkan sejenis dadah yang boleh membunuh beberapa jenis sel kanser.Dadah ini lebih berkesan daripada rawatan kemoterapi.
· Alat pengesan kanser seperti mesin seperti mesin scan,CAT dan MRI (Magnetic Resonanse Imaging)banyak membantu dalam usaha memberi rawatan yang lebih tepat dan berkesan.
· Ahli sains dan pakar kanser kini giat menjalankan penyelidikan tenteang asal molekul dan pertumbuhan serta perebakan kanser.Penemuan yang barutentulah dapat membantu menangani penyakit kanser.

ROKOK:KESAN TERHADAP MANUSIA

Rokok : Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Merokok sudah menjadi perkara biasa dalam senario dunia kini. Malah golongan remaja juga tidak terkecuali. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga 15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus. Tabiat merokok ini membawa pelbagai implikasi dan kesan terhadap manusia khasnya kesihatan.

Merokok boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit seperti koronori jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Hal ini disebabkan oleh asap rokok atau tembakau yang mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Antaranya ialah bahan radioaktif, tar, nikotin, karbon monoksida dan lain-lain lagi.

Selain itu, merokok dapat melesukan badan dan akal fikiran. Bau asap rokok dapat mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok. Asap rokok yang dihidu boleh menyebabkan penyakit dibahagian esofagus, perut dan pankreas. Hal ini kerana asap rokok yang dihidu akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan.

Merokok juga memberi kesan kepada keluarga si perokok. Contohnya bagi mereka yang mempunyai isteri yang mengandung, merokok dapat membahayakan janin yang dikandung oleh si ibu. Selain itu, bayi yang akan dilahirkan akan kurang berat badan atau tidak cukup bulan. Si ibu pula akan lebih terdedah kepada kanser. Oleh itu, ibu bapa yang merokok dinasihati supaya berhenti merokok demi menjaga kesihatan keluarga.

Kesan lain merokok ialah dapat meracuni sistem penafasan. Walaupun hanya setengah batang rokok, asap rokok daripadanya boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Hal ini boleh memyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali penafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar degupan jantung mereka akan meningkat. Selain itu, perokok juga akan mudah menghadapi tekanan darah tinggi.

Berdasarkan huraian di atas, jelaslah menunjukkan merokok dapat membahayakan kesihatan manusia. Pelbagai penyakit boleh terjadi akibat daripada merokok yang juga boleh membawa maut. Oleh itu, jauhilah rokok dan katakan “ TAK NAK ” kepada rokok demi kesihatan diri dan orang sekeliling

HIV AIDS:PUNCA DAN MENGATASI

HIV Aids : Punca Dan Bagaimana Mengatasinya

Penyakit AIDS(Acquirel Immune Deficiency Syndrome) adalah sejenis penyakit yamg kronik yang disebabkan oleh jamgkitan kuman HIV yang merupakan sejenis Virus.HIV tergolong dalam kumpulan virus Retrovirus iaitu virus yang lemah dan tidak dapat bergerak dengan sendirinya.Virus ini akan masuk ke dalam badan dqpan masuk ke dalam sel perumah dan mencuri perumah untuk membiak.Virus HIV mengambil masa 8 hingga 10 tahun yang akan menyebabkan penyakit AIDS berlaku.

Punca
Penyakit AIDS ini berpunca daripada beberapa faktor.Beberapa laporan tentang penyakit ini ditemui dalam kalangan lelaki homoseksual dan penagih dadah yang menggunakan suntikan.Penerima darah dan pasangan seks atau anak-anak kumpulan ini juga didapati menghidap penyakit yang sama iaitu pendatang dari kepulauan Haiti,pesakit hemofilia(sejenis penyakit keturunan yang semula jadi membunuh sel darah).Hubungan seks dan pemindahan darah dengan orang-orang yang dijangkiti penyakit ini turut menyebabkan ianya merebak kepada orang lain.Beberapa agen mikrob telah ditemui dan dianggap sebagai penyebab kepada penyakit ini.

Punca jangkitan yang menyebabkan penyakit ini semakin menular di antara lainnya ialah homoseksual,penggunaan dadah yang menyuntik(IDU) iaitu secara pengkongsian,perlakuan heterosekual,industri darah yang telah tercemar dengan penyakit ini dan juga aktiviti seks yang dilakukan secara rambang iaitu seks dengan lebih daripada satu pasangan yang kerap diamalkan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap pasangan tersebut.Mereka hanya mementingkan kenikmatan semata-mata tanpa menghiraukan kesan jangka panjang yang akan berlaku terhadap mereka.

Cara Mengatasi
Setiap jenis penyakit pasti ada ubatnya.Tetapi lain pula dengan AIDS.Penyakit ini tiada ubat yang khusus untuk mengatasinya.Cara yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini terutamanya bagi penagih dadah iaitu menggalakkan penggunaan dadah methadone atau bupenorphrin.Dadah jenis methadone ini boleh menahan gian untuk 24 jam bagi sekali makan.Selain itu penggunaan kondom juga harus digalakkan tetapi bukan seratus peratus ia berkesan kerana berkemungkinan boleh bocor.Antara lain langkah pencegahan yang dapat menghindasrkan daripada berlakunya gejala ini ialah dengan memghindari daripada perbuatan seks di luar perkahwinan.Selain itu elakkan melakukan seks dengan orang yang tidak diketahui latar belakangnya.Pengambilan ubat AZT iaitu ubat yang terawal yang digunakan sebagai penghalang enzim transeriptase yang dapat menghalang virus HIV.Pengambilan ubat ini dikalangan ibu yang mengandung dapat mengurangkan jangkitan HIV dari 30 peratus ke 7 peratus.

Seterusnya ialah dengan mengelakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan agar tidak di jangkiti AIDS.Penggunaan kondom di galakkan bagi pasangan suami atau isteri yang mempunyai penyakit AIDS ini agar tidak berjangkit kepada pasangan.Kita juga ditegah melakukan hubungan seks sejenis dan juga jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur,berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah.Apabila seseorang itu dijangkiti penyakit ini,mereka dilarang untuk menderma organ atau darah mereka kepada orang lain supaya orang lain tidak dijangkiti juga.Berikan didikan agama dan moral kepada anak-anak supaya dapat membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko tinggi.Bagi kaum lelaki dan perempuan,berkhatan turut juga boleh mencegah daripad berjangkitnya penyakit HIV AIDS ini.

Kesimpulan
Tuntasnya,penyakit HIV AIDS ini mendatangkan kesan yang amat buruk dan kesan yang lama.Bagi golongan yang tidak berdosa seperti anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai jangkitan yang berbahaya ini akan memberi impak kepada anak tersebut.Oleh itu,elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kepada penyakit ini seperti pengkongsian jarum untuk menyuntik(menagih dadah) dan seks di luar nikah yang dilakukan secara rambang

PERUBATAN HERBA

PERUBATAN HERBA
Perubatan herba-diintai dunia barat

APABILA dunia Barat mula beralih kepada penggunaan herba untuk melengkapi dunia perubatan moden, masyarakat rantau ini mungkin kurang menyedari keistimewaan herba berkenaan yang tumbuh melata di depan mata sendiri.

Tidak hairan jika tulisan HM Burkill mengenai 1,000 spesies herba di Semenanjung Malaysia (ketika itu Malaya) pada awal abad ke-20, dijadikan rujukan pelbagai pihak dalam dan luar negara. Malah, tulisan awal mengenai herba itu dikatakan masih menjadi sebahagian rujukan penyelidik masa kini.

Di sebalik dedaun comel menghijau di laman rumah, tumbuhan seperti pegaga mempunyai pelbagai keunikan untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk di kalangan kanak-kanak kurang upaya.

Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Pemakanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed menyifatkan tumbuhan herba yang lazimnya dijadikan ulam-ulaman itu membantu meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf di kalangan kanak-kanak terbabit.

“Ini kerana pegaga mempunyai kesan pelalian pada saraf. Bagi mereka yang mahu meningkatkan daya ingatan, pegaga antara pilihan herba yang baik berdasarkan hasil kajian dijalankan UPM kira-kira dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di universiti berkenaan baru-baru ini.

Kajian di kalangan lelaki dan wanita lingkungan usia 35 hingga 55 tahun itu mendapati pegaga bukan saja berupaya meningkatkan ingatan malah mengurangkan paras glukos dan kolesterol. Bagi lelaki pula, Prof Suhaila mengakui ia didapati dapat meningkatkan tenaga seksual.

Di pelosok dunia lain, penggunaan pegaga atau secara saintifiknya dikenali sebagai centella asiatica turut tersenarai dalam dunia perubatan herba ayurveda dan tradisional Cina. Perubatan ayurveda menyifatkan tumbuhan herba ini sebagai tonik otak, antara lain bagi membantu meningkatkan daya ingatan, usia panjang dan mengekalkan keremajaan.

Dalam perubatan berkenaan, seluruh bahagian pegaga dianggap sesuai untuk membantu meningkatkan daya ingatan. Di kalangan masyarakat India, tumbuhan berkenaan dipercayai membantu mengatasi pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, sakit badan, asma, ulser serta menyembuhkan luka.

Perubatan tradisional Cina pula memanfaatkan pegaga untuk membantu mengatasi masalah keletihan secara fizikal dan mental. Dalam pelbagai kajian lain, pegaga memiliki pelbagai kegunaan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk pembentukan kolagen, membolehkan seseorang tidur lebih lena, merangsang selera makan serta membantu dari segi rawatan pernafasan, reproduktif, saraf, antiradang dan meningkatkan pengaliran darah.

“Dalam penyelidikan yang menggunakan tikus sebagai sampel, didapati tikus yang diberi makan pegaga lebih aktif dan tubuh haiwan itu kurang lemak manakala organ dalaman tikus itu juga lebih sihat berbanding tikus yang tak diberi makan pegaga,” katanya sambil menambah, jenis pegaga yang agak popular seperti pegaga gajah dan pegaga kampung dikategorikan di bawah spesies centella asiatica.

Pegaga yang turut dikomersialkan masa kini antaranya dalam bentuk sabun namun menurut Prof Suhaila, ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk barangan lain termasuk barangan kosmetik memandangkan keupayaan pegaga serupa seperti vitamin C.

“Lebih elok jika mengambil pegaga mentah atau segar tetapi lantaran kesuntukan waktu kini, tak salah jika ia dikomersialkan kerana penggunaannya mungkin lebih mudah. Tidak hanya pegaga, pelbagai tumbuhan tempatan memiliki banyak khasiat dari sudut kesihatan seperti kunyit, sirih dan mengkudu,” katanya yang bakal memperkatakan kelebihan rumpai laut dalam Persidangan Perubatan Tradisional Asia dan Kesihatan Wanita pada 28 hingga 30 Julai ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarang Journal of Tropical Medicinal Plants, Prof A N Rao, mengakui perubatan tradisional berasaskan tumbuhan herba mampu melengkapi dunia perubatan moden kini.

“Gabungan rawatan moden dan tradisional tentunya menghasilkan penemuan yang cukup baik dalam bidang kesihatan. Justeru, tidak hairan jika masyarakat di Barat kini lebih cenderung kepada perubatan tradisional malah mereka turut memanfaatkan penggunaan herba secara lebih baik dan meluas berbanding masyarakat Timur sendiri.

“Sayang sekali masyarakat di negara membangun sering bergantung kepada sistem perubatan Barat termasuk penggunaan perubatan herba. Keadaan ini mesti diubah. Kita yang seharusnya berusaha membuktikan keupayaan perubatan tradisional ini dari pelbagai segi seperti mutu dan piawaiannya,” katanya.

Menurutnya, dunia perubatan herba bermula sekitar 6,000 hingga 7,000 tahun lalu meliputi beberapa negara seperti China, India, Jepun dan Korea yang memiliki herba istimewa masing-masing. Perubatan Barat yang berasaskan sistem perubatan Yunani bermula sekitar 2,000 tahun lalu yang menumpukan kaedah merawat penyakit demi penyakit.

“Ini berbeza dengan sistem perubatan tradisional Asia yang merawat seluruh tubuh dan bukannya rawatan berdasarkan sesuatu penyakit. Meskipun rawatan herba ini mengambil masa yang lebih lama, kesan sampingannya kurang malah tidak meninggalkan sebarang sisa berbanding ubat-ubatan moden,” katanya.

Prof Rao yang bakal menyertai persidangan berkenaan turut memperakui khasiat pegaga di samping beberapa herba lain seperti kacip fatimah dan misai kucing yang popular di kalangan masyarakat kini.

KAD KREDIT:KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

KAD KREDIT : Kebaikan & Keburukan

Pengenalan
Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau buat masa ini lebih dikenali sebagai wang plastik. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan.Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa,dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang. Pada hemat saya penggunaan kad kredit akan terus diamalkan oleh masyarakat kita kerana kad tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri.
Kebaikan kad kredit
Salah satu daripada faktor yang menggalakkan orang ramai menggunakan kad kredit ialah mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah. Bagi sesetengah pengguna, membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah merupakan suatu beban. Keadaan ini lebih ketara sejak kerajaan mewujudkan wang yang bernilai seringgit dalam bentuk siling. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli belah di pasar raya- pasar raya dengan menggunakan kad kredit. Pada hemat saya pengguna akan berasa lebih selesa menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila difikirkan perlu.
Pengguna kad kredit juga berasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding dengan penggunaan wang tunai. Hal ini kerana semua kad kredit yang digunakan tidak boleh bertukar milik. Setiap kali mereka menggunakan kad kredit tersebut mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapat mengesan pemilik sebenar kad kredit tersebut. Oleh hal yang demikian, pemilik kad kredit tidak perlu bimbang sekiranya kad mereka hilang atau dicuri orang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad tersebut bertambah hampir 40 peratus pada setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad tersebut, mereka berasa lebih selamat menggunakan American Express kerana mereka cepat mendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlaku kehilangan. Dalam hal ini saya berpendapat faktor keselamatanlah yang paling banyak mendorong pengguna menggunakan kad kredit.
Keburukan kad kredit
Di samping kemudahan yang boleh dinikmati, pemegang kad kredit juga sering menghadapi beberapa masalah. Hal ini kerana tidak semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit terutamanya kedai-kedai biasa atau kedai-kedai kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai yang besar atau pusat-pusat membeli belah yang terkenal. Oleh hal yang demikian, tempat-tempat penginapan atau pusat-pusat membeli belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit adalah terhad. Oleh itu, pemegang kad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya pusat membeli belah atau kedai dan gerai yang mereka kunjungi itu menolak penggunaan kad kredit.
Urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit dijalankan dengan penggunaan komputer.Oleh itu, terdapat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam urus niaga tersebut. Walaupun perkara seperti ini jarang-jarang berlaku, kebanyakan peniaga tidak yakin dengan pelanggan yang menggunakan kad kredit terutamanya kad kredit yang tidak popular. Para peniaga tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi dengan menerima kad kredit tersebut. Pihak Polis Bahagian Jenayah Perdagangan sering mengingatkan para peniaga supaya sentiasa berwaspada ketika berurus niaga dengan pengguna yang menggunakan kad kredit. Ini kerana mereka telah menerima lebih daripada 150 aduan berkaitan dengan hal tersebut sejak awal tahun ini.
Penutup
Melalui huraian di atas,dapatlah dikatakan bahawa terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Namun begitu, sekiranya pemilik kad kredit menggunakan kemudahan tersebut secara bijak, mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit tidak digunakan secara berhati-hati, pemiliknya akan menderita akibat beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga bertahun-tahun. Pada pendapat saya, walaupun penggunaan kad kredit didapati semakin popular dari setahun ke setahun, namun `wang plastik’ tersebut pasti tidak mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar.