Thursday, July 15, 2010

BAHAGIAN D; PANDUAN MEMBINA MEDIA

PANDUAN MEMBINA MEDIA BERSISTEMATIK
Baiklah kita teruskan dengan prosedur penghasilan media yang sistematik

Membina media.
1. Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen

* Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.
* Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama.
* Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan.
* Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.
* Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis.
* Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza.
* Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.
* Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.

Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam media. Antaranya :
1.Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )
2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah media..

No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment