Friday, June 25, 2010

DASAR ALAM SEKITAR

Dasar Alam Sekitar Negara.

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Tujuan DSN adalah untuk :-

Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan.
Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengna penyertaan berkesan semua sektor masyarakat.
Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.
Terdapat lapan (Cool prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:

1. Pengawasan Alam Sekitar

Menghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.
2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam

Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup.
3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar

Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusi.
4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli

Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.
5. Membuat Keputusan Bersepadu

Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.
6. Peranan Sektor Swasta

Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.
7. Komitment dan Kebertanggungjawaban

Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksanakan aktiviti masing-masing.
8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa

Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.
STRATEGI HIJAU MALAYSIA ARAH KE HADAPAN

Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

Strategi Hijau Malaysia akan menumpukan ke arah bidang-bidang berikut:-

Pendidikan dan kesedaran.
Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar.
Perancangan bersepadu pembangunan dan pelaksanaan yang bersepadu.
Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar.
Pengukuhan mekanisme pentadbiran dan keinstitusian.
Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar serantau dan sejagat.
Pembentukan dan pelaksanaan Pelan-pelan tindakan.

DASAR BUKU NEGARA

Kempen GerakBaca dicetuskan atas daya inisiatif serta keprihatinan untuk melahirkan bangsa membaca terutamanya golongan belia dan remaja. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) mengharapkan kempen ini dapat menjadi program tunggak dalam menyemarak usaha-usaha murni Kerajaan untuk memastikan pencapaian objektif Dasar Buku Negara.

Dasar Buku Negara yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1988 berobjektif untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti. Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk menjadi pemangkin terhadap program-program lain seperti kesinambungan Kempen Membaca (Perpustakaan Negara), Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (MBKM) dan lain-lain.

Objektif Dasar Buku Negara (DBN)

1.Sebagai acara promosi awal menjelang acara tahunan ”Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007” (PBAKL07)

2.Sebagai aktiviti sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, Sambutan Jubli Emas Kemerdekaan dan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2007

3.Untuk menarik minat dan menggalak masyarakat khususnya para belia, remaja dan kanak-kanak untuk sentiasa berdampingan dengan buku dan menimba ilmu

4.Untuk menambah nilai estetika pada buku-buku yang berharga dan mempunyai nilai sepanjang hayat sebagai bahan rujukan, koleksi ataupun sejarah

5.Untuk mempopularkan pembacaan buku sebagai hobi dan program ”kitar semula buku” dengan menyertai ”Kelab Buku Malaysia”

6.Untuk menyatukan penerbit, penjual dan penggemar buku di bawah satu bumbung

7.Untuk menggalakkan graduan dan belia menceburi kerjaya di bidang berkaitan industri buku (penulisan, penerbitan, penyuntingan, percetakan, pengedaran dan jualan)

8.Untuk membentuk keprihatinan masyarakat melalui ”Program Derma Buku” supaya dapat berkongsi bersama golongan yang memerlukan

ZOPFAN

ZOPFAN
Latarbelakang

Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.

Rasional

Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor dan peristiwa itu ialah:

(i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasabesar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70an. Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

(ii) Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.

(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.

Objektif

Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.

Strategi Pelaksanaan

Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah:-

(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha menjadikan

(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.

(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.

Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep ZOPFAN.

AFTA

AFTA

Pengenalan

AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.

Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999. AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai ASEAN. Namun begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban pengurangan tarif AFTA.

Tujuan Perjanjian AFTA

Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran.

Perlaksanaan AFTA

Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama mulai 1 Januari 1993 dengan tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang bertaraf kabinet juga ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau perlaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA.

Pada 31 Januari 2003, perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang berkaitan dengan penghapusan duti-duti import. Antara perkara-perkara yang disentuh adalah:

Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, dan Thailand akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2010.
Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, dan Vietnam akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. Namun, penghapusan duti import bagi produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat daripada 1 Januari 2018.

STPM; kepentingan dasar luar negara kepada malaysia

1. Dasar Luar adalah satu pendirian yang Pemimpin kita ambil/pegang dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain. Sebagaimana kita ketahui Dasar Luar pada Era Tunku Abdul Rahman condong ke arah Blok Barat (USA dan sukutunya) dan anti Blok Komunis (Rusia dan sekutunya). Dasar ini berubah di Era pimpinan Tun Abdul Razak sehingga kini yang mana beliau mengambil pendekatan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologinya.

2. Asas pegangan negara kita ialah mengamalkan dasar berkecuali dan cuba mengekalkan keamanan serantau khasnya rantau Asia Tenggara melalui pertubuhan ASEAN.

3. Banyak kepentingan dasar luar kepada negara..antaranya

a) Bebas dari ancaman atau campur tangan kuasa besar dalam urusan pentadbiran dan politik negara.

b) Mengekalkan keamanan serantau dengan tidak mencaampuri urusan dalaman negara lain.

c) Berbaik-baik dengan negara lain membolehkan kerajaan mengembangkan ekonomi negara melalui tarikan pelaburan asing, pemindahan teknologi melalui projek usahasama, meluaskan pasaran barangan negara, mewujudkan segi tiga pertumbuhan ekonomi dan banyak lagi kepentingan yang dapat dicapai/nikmati melalui dasar luar yang di amalkan

STPM: PELAN TINDAKAN DASAR WANITA NEGARA

Pelan tindakan Dasar Wanita Negara 2009
DASAR Wanita Negara 2009 adalah kesinambungan dasar yang digubal pada tahun 1989 dengan mengambil kira isu, peluang, cabaran dan persekitaran masa kini dan akan datang.

Berteraskan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara dan Dasar Sosial Negara, dasar ini mendukung cita-cita untuk mencapai kesaksamaan gender dan pembangunan seimbang.

Dasar ini dilengkapi dengan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) bagi memperincikan tindakan yang perlu diambil merangkumi 13 sektor iaitu ekonomi; kemiskinan; undang-undang; keganasan terhadap wanita; kesihatan; pendidikan dan latihan; sains dan teknologi; dan wanita dalam pembuat keputusan.

Selain itu ia turut merangkumi mekanisme, jentera dan institusi pembangunan wanita; media; alam sekitar; sukan dan kebudayaan, kesenian dan warisan.

Matlamat Dasar Wanita Negara adalah untuk:

i. Membangun potensi dan mendayaupayakan wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara;

ii. Menyediakan persekitaran yang kondusif termasuk penggubalan dasar dan perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian;

iii. Membudayakan kesaksamaan gender di kalangan semua lapisan masyarakat dalam semua sektor;

iv. Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat;

v. Mencapai perkongsian saksama antara wanita dan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan; dan

vi. Meningkat dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita dan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi keluarga serta membangunkan komuniti dan masyarakat.

Antara strategi yang telah digariskan bagi melaksanakan dasar ini ialah:

1. Mengarus perdana perspektif gender dalam penggubalan dasar dan perundangan, perancangan, perlaksaan dan penilaian program, projek dan penyediaan bajet untuk pembangunan.

2. Meningkatkan komitmen di kalangan badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman, termasuk penggubal dasar, pembuat keputusan dan pihak penguatkuasa di sektor awam dan swasta serta masyarakat sivil, bagi menghormati dan memelihara martabat wanita.

3. Mengkaji semula undang-undang dan peraturan sedia ada dan menggubal perundangan dan peraturan baru bagi menjamin tiada diskriminasi berasaskan gender, perlindungan, keselamatan, hak-hak dan maruah wanita terpelihara dan mengambil langkah-langkah supaya penguatkuasaan undang-undang berkenaan berkesan.

4. Menjalankan penyelidikan mengenai aspek gender bagi menjana pendekatan inovatif dan kreatif dalam penggubalan dasar dan perancangan serta perlaksanaan program.

5. Melaksanakan sepenuhnya pengumpulan, penganalisaan dan pengaplikasian data dan maklumat oleh agensi-agensi Kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan mengikut pecahan jantina untuk tujuan perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian program.

6. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan wanita dalam semua bidang bagi memastikan penglibatan mereka yang berkesan dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara termasuk penglibatan dalam bidang politik dan proses membuat keputusan.

7. Memperkukuh dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi wanita melalui kerjasama dan sinergi antara agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan di peringkat nasional dan antarabangsa, dan juga menambah serta mempelbagaikan peluang serta menggerakkan sumber, maklumat dan kepakaran di kalangan wanita.

Pendekatan pelaksanaan

Bagi memastikan matlamat Dasar Wanita Negara tercapai dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) dapat dilaksanakan dengan berkesan, beberapa pendekatan digariskan:

i. Semua agensi kerajaan, sektor swasta , pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil perlu mengambil tindakan sebagaimana ditetapkan di bawah PTPW;

ii. Sumber manusia yang berpengetahuan, terlatih dan peka gender dengan kepakaran khusus hendaklah disediakan dan sumber kewangan hendaklah mencukupi;

iii. Langkah-langkah khas sementara seperti affirmative action atau sistem kuota wajar diambil untuk memajukan wanita yang layak dan berkebolehan dalam semua sektor;

iv. Perancangan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktiviti di bawah PTPW dipertanggungjawabkan kepada agensi pelaksana kepada agensi pelaksana yang berkenaan mengikut bidang kuasa masing-masing;

v. Pewujudan pangkalan data pusat untuk mengintegrasikan data berdasarkan gender dari pelbagai sumber termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan;

vi. Pewujudan multisektor sinergi di kalangan semua agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil; dan

vii. KPWKM bertindak sebagai teraju bagi menyelaraskan aktiviti advokasi, pemantauan dan penilaian secara keseluruhan termasuk kajian semula kesesuaian dasar dan strategi pelaksanaan PTPW setiap tiga tahun sekali atau mengikut keperluan.

STPM ; DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA

PENGAJIAN AM STPM: DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA

Objektif
Matlamat peningkatan daya pengeluaran negara bolehlah dikategorikan kepada berikut:-
a) Untuk meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula
struktur dan ketidakseimbangan ekonomi dalam negara.
(b) Untuk mempastikan penggunaan sumber-sumber negara dengan optima
dan mengelakkan pembaziran yang merugikan.
(c) Untuk memperkukuhkan asas perindustrian supaya ianya dapat
bersaing di pasaran bebas antarabangsa dengan berkesan.

Strategi Pelaksanaan
Secara kasar pendekatan untuk meningkatkan daya pengeluaran negara dilaku melalui beberapa cara-cara berikut:-
(a) Pembaikan kepada Sistem dan Organisasi
Cara ini melibatkan pembaikan keseluruhan terhadap sesuatu organisasi dari segi objektif, strategi dan tatacara kerja, sistem maklumat, sistem fail dan lain-lain. Pendekatan ini didapati perlu untuk menghapuskan kelambatan kerja (bottleneck), pembaziran masa, peranan yang bertindih (overlapping), penyelarasan yang kurang memuaskan, kekurangan perancangan dan sebagainya. Latihan di peringkat pengurusan dan kakitangan rendah di bidang-bidang tertentu juga diadakan di dalam pelaksanaan strategi ini.

(b) Penggunaan teknologi yang sesuai
Dalam menggalakkan penggunaan teknologi yang sesuai, penekanan dibuat kepada pemindahan teknologi dengan berkesan supaya negara kurang bergantung kepada sumber-sumber teknologi dari luar negeri. Teknologi yang dimaksudkan ini bukanlah terhad kepada jentera dan kemahiran sahaja tetapi juga pengurusan organisasi yang termoden.

(c) Penerapan nilai baru
Strategi ini melibatkan penyemaian di kalangan pemimpin-pemimpin, pengurus-pengurus, pekerja-pekerja dan rakyat terhadap nilai-nilai dan etika kerja yang menitikberatkan kerja bersungguh-sungguh, kesetiaan kepada perusahaan, dedikasi dan sikap berdikari. Antara lain strategi ini mengutarakan slogan Kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah dan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam.

(d) Dasar-dasar baru
Pada masa ini Kerajaan telah menggubalkan dasar baru yang boleh membantu pencapaian matlamat peningkatan daya pengeluaran. Di antara dasar-dasar yang penting ialah:-
(i) Dasar Memandang ke Timur
Usaha untuk mengubah sikap pekerja dan majikan ke arah pencapaian yang baik serta kepentingan golongan yang mana akan meningkatkan daya pengeluaran di dalam masyarakat Malaysia.
(ii) Dasar Perindustrian Berat
Menggalakkan serta menggunakan kemajuan teknologi yang sesuai dan mengandungi cara-cara yang baik dan moden yang cekap dan berkesan.
(iii) Dasar Penswastaan
Mengswastakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak awam bagi menggalakkan persaingan dan menambahkan daya pengeluaran agensi berkenaan.
(iv) Dasar Persyarikatan Malaysia
Mewujudkan suasana kerja yang harmoni di antara sektor awam dan sektor swasta.
(v) Dasar Sogoshosha
Untuk mendapatkan ‘synergy’ dalam aktiviti perdagangan luar.
(vi) Dasar Pertanian Negara
Untuk menggubal strategi dan halacara baru dalam mencapai pembangunan pertanian dan luar bandar.

PA: DASAR DALAM NEGARA

PENGAJIAN AM STPM : DASAR DALAM NEGARA

STPM 2008
• Meningkatkan produktiviti dan prestasi pengurusan
• Menekankan kerajinan dan disiplin kerja

1. Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Pandang ke Timur
C. Dasar Perindustrian Negara
D. Dasar Persyarikatan Malaysia

2. Yang manakah bidang tumpuan pembangunan yang menjadi teras Dasar Bioteknologi Negara?
I. Sumber manusia
II. Sektor luar Bandar
III. Penjagaan kesihatan
IV. Pembukaan tanah baru
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

• Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosial
• Mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar

3. Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Dasar Sosial Negara
B. Dasar Perbandaran Negara
C. Dasar Perindustrian Negara
D. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

4. Yang manakah strategi yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-9?
I. Mengukuhkan Industri Kecil dan Sederhana
II. Memajukan tanah baru di bawah agensi FELDA
III. Melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan dalam bidang sains dan teknologi
IV. Meningkatkan daya pengeluaran golongan petani dengan memberikan bantuan subsidi
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

5. Yang manakah yang benar tentang Pelan Induk Perindustrian 3 (PIP3)?
I. Meningkatkan pembangunan modal insan dalam industri
II. Menjadikan Malaysia sebagai pembekal industri produk halal
III. Menggalakkan penggunaan barangan industri buatan Malaysia
IV. Membanyakkan industri berat untuk melonjakkan hasil perindustrian
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Pentadbiran awam dikehendaki memberikan perkhidmatan yang cepat dan cekap kepada sektor swasta bagi menyokong usaha meningkatkan daya saing negara

6. Yang manakah dasar yang membantu mencapai matlamat di atas?
A. Dasar Persyarikatan Negara
B. Dasar Telekomunikasi Negra
C. Dasar Fizikal Negara
D. Dasar Penswastaan

Kemudahan infrastruktur dibangunkan oleh pihak swasta dan diserahkan kepada kerajaan selepas tamat tempoh konsesi

7. Bentuk penswastaan yang sesuai dengan penyataan di atas ialah
A. Pajakan
B. Penjualan asset
C. Bina-kendali-pindah
D. Kontrak pengurusan

Sebuah firma tempatan yang terlibat dalam pengeluaran perabot telah memperluas pasarannya ke negara China, Timur Tengah, dan Afrika

8. Pencapaian firma di atas sejajar dengan pelaksanaan
A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Pandang ke Timur
C. Dasar Sogoshosha Malaysia
D. Dasar Persyarikatan Malaysia

9. Yang manakah yang merujuk kepada Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara?
I. Menggunakan sumber negara secara maksimum
II. Mempercepat pertumbuhan ekonomi negara
III. Memperbaik imbangan pembayaran negara
IV. Mengawal harga komoditi eksport negara
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

• Tenaga Nasional Berhad
• Telekom Malaysia Berhad

10. Kewujudan syarikat di atas dapat dikaitkan dengan pelaksanaan
A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Perindustrian Negara
C. Dasar Persyarikatan Malaysia
D. Dasar Telekomunikasi Negara

• Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mapan
• Meningkatkan sekuriti makanan

11. Pernyataan di atas merujuk kepada objektif
A. Dasar Pertanian Negara Ketiga
B. Dasar Perindustrian Negara Ketiga
C. Dasar Sains dan Teknologi Negara

12. Yang manakah implikasi rangka Dasar Automotif Nasional
A. Penyekatan kemasukan kereta import
B. Pengurangan bilangan kereta bermotor
C. Peningkatan cukai eksport kereta nasional
D. Penurunan cukai import ke atas kereta keluaran Negara ASEAN
STPM 2007
13. Yang manakah usaha ke arah merangsang sektor automotif negara?
I. Memperbaik teknologi dan modal insan
II. Membatalkan permit import semua jenis kenderaan terpakai
III. Meningkatkan cukai import kenderaan dari Negara-negara ASEAN
IV. Menjadikan Malaysia pusat serantau untuk pembuatan dan pengedaran kenderaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

14. Yang manakah dasar yang diwujudkan untuk mengatasi masalah antara sektor swasta dengan sektor awam?
A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Pandang ke Timur
C. Dasar Perindustrian Negara
D. Dasar Persyarikatan Malaysia
15.
Dasar/Kempen Matlamat
P Dasar Perindustrian Negara I Mengurangkan pengimportan barangan
Q Dasar Telekomunikasi Negara II Mengoptimumkan sumber negara
R Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara III Melahirkan masyarakat bermaklumat
S Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia IV Membolehkan sektor pembuatan berkembang selaras dengan penggunaan teknologi terkini

Yang manakah padanan yang betul antara dasar/kempen dengan matlamatnya?

P Q R S
A I III IV II
B II IV III I
C II III IV I
D IV III II I

16. Yang manakah objektif Dasar Sosial Negara?
I. Memastikan bahawa keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
II. Menambah bilangan penduduk untuk mengukuhkan keselamatan Negara
III. Mengembangkan dan mengukuhkan budaya niaga yang berdaya saing
IV. Membangunkan dan memperkasakan insane sepanjang hayat
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

17. Yang manakah penyataan yang benar tentang Rancangan Lima Tahun Malaysia?
A. Menjadi garis panduan pelaksanaan pembangunan negara
B. Merupakan rangka rancangan pembangunan jangka panjang
C. Menggariskan punca perolehan sumber pendapatan kerajaan
D. Merangkumi dasar pembangunan sektor awam dan sektor swasta

18. Yang manakah strategi untuk membangunkan sektor perkhidmatan sebagai punca baru pertumbuhan ekonomi negara?
I. Mempromosikan pelancongan kesihatan
II. Menggalakkan pengeluaran komoditi pertanian
III. Menyediakan tapak bagi kegiatan perindustrian berat
IV. Menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

19. Yang manakah ciri ekonomi berasaskan pengetahuan?
I. Tumpuan yang lebih banyak kepada pasaran tempatan
II. Peningkatan produktiviti dalam semua aspek ekonomi
III. Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi
IV. Tenaga buruh yang berpendidikan tinggi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

20. Yang manakah dimensi baru dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga?
A. Pembangunan wilayah
B. Pembangunan sektor swasta
C. Pembangunan alam sekitar yang mampan
D. Pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan
STPM 2006
• Menggalakkan persaingan dan peningkatan produktiviti
• Mengurangkan peranan pihak kerajaan dalam aktiviti sosioekonomi negara

21. Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Persyarikatan Malaysia
C. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
D. Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam

22. Dasar Pandang Ke Timur bertujuan untuk memperlihatkan perubahan dalam agensi kerajaan dari segi
I. Sikap pekerja
II. Struktur pentadbiran
III. Skim perjawatan pekerja
IV. Pembahagian kuasa pentadbiran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

23. Dasar Sosial Negara ialah dasar induk yang merangkumi dasar pembangunan sosial yang berteraskan
I. Ideologi politik
II. Strata masyarakat
III. Perlembagaan Persekutuan
IV. Prinsip-prinsip Rukun Negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

• Menganggap negara sebagai entiti perniagaan yang dimiliki bersama
• Kejayaan pembangunan negara bergantung pada kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta

24. Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Perindustrian Berat
C. Dasar Sogoshosha Malaysia
D. Dasar Persyarikatan Malaysia

25. Antara yang berikut, yang manakah usaha untuk membangunkan “K-Ekonomi” mengikut Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan?
I. Merapatkan jurang digital
II. Membangunkan sistem infostruktur
III. Meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk
IV. Mengadakan kawalan terhadap kemasukan pekerja asing tanpa izin
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

26. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang objektif penubuhan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional?
I. Memperkasakan Program Rakan Muda
II. Mewujudkan usahawan belia yang berdaya saing dan berintegriti
III. Mewajibkan belia menjadi ahli mana-mana pertubuhan setempat
IV. Mewajibkan belia yang menganggur menyertai program latihan di Institut Kemahiran Belia Negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Objektif:
• Menghasilkan ubat yang berkesan daripada sumber asli
• Membina kemampuan sumber tenaga yang mesra alam

27. Objektif di atas merujuk kepada
A. Dasar Perhutanan Negara
B. Dasar Perindustrian Negara
C. Dasar Bioteknologi Negara

28. Antara yang berikut, yang manakah objektif Dasar Pertanian Negara Ketiga(DPN3)?
I. Mewujudkan program satu kampung satu produk
II. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru
III. Meningkatkan penglibatan pelabur asing
IV. Meningkatkan sekuriti makanan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

Matlamat:
• Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi
• Memberikan peluang kepada setiap anggota masyarakat untuk memperkembang potensi diri secara optimum

29. Antara yang berikut, yang manakah yang dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat di atas?
A. Dasar Sosial Negara
B. Dasar Sains dan Teknologi
C. Pelan Pemulihan Ekonomi Negara
D. Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
STPM 2005
Menghapuskan sifat “permusuhan” antara sektor awam dengan sektor swasta dengan menggalakkan perkongsian maklumat

30. Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Persyarikatan Malaysia
C. Dasar Pembangunan Nasional

31. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang penubuhan Danaharta Nasional Berhad di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)?
A. Menerbitkan bon kerajaan
B. Menggalakkan pelaburan asing
C. Menentukan pengaliran keluar dan masuk mata wang
D. Mengambil alih syarikat yang menghadapi masalah kewangan

32. Antara yang berikut, yang manakah objektif Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3)?
I. Meningkatkan pengeluaran makanan
II. Memperluas penyertaan agensi awam
III. Meningkatkan daya saing sektor pertanian
IV. Mengutamakan pengeksportan bahan mentah

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

33. Antara yang berikut, yang manakah strategi yang digunakan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara?
I. Memperkukuh daya saing negara
II. Membangunkan semula sektor pertanian
III. Memiliknegarakan syarikat-syarikat asing
IV. Mengawal kemasukan pelaburan langsung asing
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

• Menyatupadukan rakyat Malaysia
• Melahirkan tenaga kerja untuk keperluan semasa

34. Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Dasar Sosial Negara
B. Dasar Kependudukan
C. Dasar Pelajaran Kebangsaan
D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

35. Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan Dasar Wawasan Negara?
I. Melahirkan masyarakat yang liberal dan lantang bersuara
II. Meningkatkan produktiviti melalui peningkatan pengetahuan
III. Menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berdaya saing
IV. Merapatkan jurang antara sektor swasta dan sektor awam
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

36. Antara yang berikut, yang manakah elemen bagi program terdahulu yang dikekalkan dalam Dasar Wawasan Negara?
I. Kesaksamaan ekonomi
II. Membasmi kemiskinan
III. Pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan
IV. Meningkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

STPM 2004
Strategi:
• Menggalakkan penswastaan
• Mengawal projek-projek mega

37. Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Dasar Produktiviti
B. Dasar Penswastaan

• Dasar Pandang Ke Timur
• Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran

38. Persamaan dalam dasar-dasar di atas adalah untuk
I. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara
II. Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang boleh dicontohi
III. Melahirkan pekerja yang mempunyai etika kerja yang positif
IV. Mewujudkan kerjasama erat antara sektor awam dengan sektor swasta
STPM 2003
39. Yang manakah antara yang berikut benar tentang Dasar Sogoshosha?
I. Usaha sama pelabur asing
II. Tumpuan pasaran domestik
III. Rangkaian perniagaan antarabangsa
IV. Usaha mengembangkan perniagaan berskala besar
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

• Membentuk disiplin diri, amanah, dan dedikasi dalam kerja
• Hormat-menghormati sesame insan
• Mewujudkan masyarakat bermoral

40. Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Dasar Pandang Ke Timur
B. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
C. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
D. Dasar Kepimpinan Melalui Teladan

41. Yang manakah benar tentang Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-3 (RRJP3) Dasar Wawasan Negara?
A. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
B. Meneruskan pembangunan tanah dan wilayah
C. Melancarkan Pelan Induk Perindustrian
D. Membangunkan sektor perlombongan
STPM 2002
• Kedah Cement Holdings Berhad
• Petro-Pipe Industries Sdn. Bhd

42. Projek-projek di atas telah dilaksanakan melalui
A. Dasar Sogoshosha
B. Dasar Penswastaan
C. Dasar Persyarikatan
D. Dasar Perindustrian Berat

43. Yang manakah benar tentang matlamat Wawasan 2020?
I. Pembasmian kemiskinan mengikut wilayah
II. Penekanan terhadap nilai kekeluargaan
III. Penggunaan sumber secara optimum
IV. Pengagihan ekonomi yang seimbang
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

Dasar Pertanian Negara III (1998-2010)
Matlamat : Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan
sumber secara optimum dalam sektor pertanian

44. Yang manakah yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan Dasar Pertanian Negara yang Ketiga?
I. Menggalakkan tanaman hutan
II. Merangka Rancangan Buku Hijau
III. Meningkatkan sekuriti makanan
IV. Kajian baru pertanian melalui industri bioteknologi
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

• Melibatkan pembukaan tanah baru
• Mewujudkan pembangunan in-situ
• Meningkatkan pembangunan sosial

45. Strategi di atas merupakan matlamat
A. Dasar Pertanian Negara
B. Amanah Ikhtiar Malaysia
C. Dasar Pembangunan Nasional
D. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2

STPM 2001
• Sistem pengurusan yang lebih cekap
• Pekerja yang setia dan berdedikasi

46. Pernyataan di atas adalah langkah-langkah bagi
A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Persyarikatan
C. Dasar Pandang Ke Timur

• Syarikat-syarikat Malaysia telah meluaskan pelaburannya di Uganda, Kenya, Zimbabwe dan Tanzania
• Pelaburan dalam sektor perladangan, hiburan, hartanah dan telekomunikasi adalah secara usaha sama

47. Penyataan di atas adalah berkaitan dengan
A. Dasar Sogoshosha
B. Pertubuhan Komanwel
C. Kerjasama Selatan-Selatan
D. Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

48.

Perubahan Struktur Perubahan Sikap Latihan dan Kursus

X dalam gambar rajah di atas merujuk kepada
I. Skim Latihan Kepenggunaan
II. Program Kemajuan Eksekutif
III. Skim Latihan Pembangunan Usahawan
IV. Program Menambah Sekolah-sekolah Teknik
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

RANCANGAN MALAYSIA KE-10

Categories: BAHAGIAN A: KARANGAN LARAS SOSIAL KEMASYARAKATAN · KENEGARAAN: ISU SEMASA · kERTAS 1 STPM
RANCANGAN MALAYSIA KE-10(2011-2015)

Peruntukan Pembangunan RM Ke-9 dan RM ke-10
[caption id="attachment_677" align="alignnone" width="300" caption="Perdana Menteri membentangkan RM Ke-10(2011-2015)"][/caption]Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat mulai jam 11.40 pagi 10-6-2010.

RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.

Tema pembentangan hari ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.

RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Intipati RMK10:

* RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.

* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.

* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.

*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.

* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.
* RMK10: 10 PREMIS UTAMA

Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:

(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur

* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.

*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.

*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.

*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.

*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.

*Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.

*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.

*Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.

*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.

*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.

*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.

*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.

*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.
Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.
Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.
Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.
Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.

* Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

* Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.

* Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.

* Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT KEJIRANAN

Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH DISIPLIN PELAJAR MERUNCING

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata

TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak

ASPEK KAJIAN SATERA UNTUK TEKS KOMSAS

ASPEK KAJIAN SASTERA UNTUK TEKS KOMSAS
Sinopsis
1. Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
Tema dan Persoalan
1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
2. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.

Watak dan Perwatakan
1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
3. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
6. Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
10. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
11. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.

Plot
1. Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
3. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
4. Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
5. Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
7. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
8. Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
9. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

Teknik Plot
1. Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
2. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:
(a) Imbas kembali
1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b) Imbas muka
1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c) Saspens
1. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d) Konflik
1. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
2. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
3. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e) Kejutan
1. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
2. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f) Dialog
1. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
2. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.

Latar
Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(a) Latar tempat
Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
(b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
(c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
(e) Latar peralatan cerita dan watak
Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.

Sudut Pandanqan (Aspek pilihan sahaja)
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
Teknik sudut pandangan:
(a) Sudut pandangan orang, pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita iru dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
(b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
(c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.
(d) Sudut pandangan objektif
Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.

Gaya Bahasa
Jenis Gaya Bahasa Huraiannya
(a) Diksi • Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
• Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat • Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c) Personifikasi • Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
• Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
• Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile • Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
• Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e) Metafora • Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
• Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f) Hiperbola • Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
• Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g) Sinkope • Bermaksud penyingkatan perkataan
• Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima • Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
• Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i) Asonansi • Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
• Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(j) Aliterasi • Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
• Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
(k) Pengulangan • Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
• anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
• epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
• repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l) Perlambangan • merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
• contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda

Nilai
Antara contoh nilai ialah:
1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan mental dan fizikal
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.

Pengajaran
Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan
- Kita hendaklah ……..
- Kita seharusnya…….
Jika nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
- Kita jangan….
- Kita tidak boleh….
…diikuti dengan contoh dalam teks.

KISAH SEEKOR ANJING

1. Satu pertandingan lumba lari antara sekumpulan anjing telah diadakan di tengah padang pasir Gurun Sahara. Oleh sebab jarak yang amat jauh, ditambah pula dengan cuaca yang teramat panas, maka kesemua anjing yang menyertai pertandingan itu tidak mampu sampai ke garisan penamat.
2. Namun demikian, terdapat seekor anjing yang kemudiannya ditemui mati, tidak jauh dari tempat penamat, hanya kira-kira 20 meter sahaja. Yang terlintas dalam fikiran kita tentulah anjing itu mati kerana kehausan ataupun keletihan yang melampau. Tetapi, di sebelah bangkai anjing itu, terdapat tompokan air yang bersih dan boleh diminum. Jadi, mengapakah anjing itu mati?
3. Jawapannya, anjing itu minum air itu terlalu banyak kerana kehausan. Persoalannya, adakah dengan minum air yang terlalu banyak akan menyebabkan anjing itu mati? Bukankah air yang banyak diminum boleh dikumuhkan atau dikeluarkan melalui kencing? Jadi, sekali lagi soalan ini gagal dijawab; mengapakah anjing itu mati?
4. Setelah dipost-mortem, didapati bahawa anjing itu mati kerana menghadapi komplikasi pundi kencing yang serius. Selepas minum air tersebut dengan banyaknya, anjing tersebut sepatutnya membuang air kencingnya. Namun begitu, anjing itu menahan kencingnya dan berusaha untuk tidak kencing.
5. Tahukah saudara mengapa anjing tersebut bertindak demikian?
6. Sifat tabie anjing ialah ketika hendak kencing, anjing itu akan mendekati objek seperti pangkal pokok atau batu besar untuk kencing di tempat itu. Sedangkan di padang pasir itu, tiada objek yang sedemikian, melainkan padang pasir yang luas terbentang. Oleh sebab itu, anjing itu sanggup menahan kencing hingga berasa sakit, dan akhirnya menemui ajalnya di situ.
7. Yang terlintas dalam fikiran saudara, mengapakah anjing itu tidak mahu kencing di tanah yang rata seperti di padang pasir itu? Adakah anjing itu tidak terfikir, begitu mudah untuknya membuang air kencingnya. Hanya melepaskan kencingnya di tanah rata itu, dan anjing itu akan terus hidup, dan pastilah anjing itu akan menang dalam lumba lari itu.
8. Sayangnya, itu jawapan kita. Jikalau seperti itulah yang difikirkan oleh anjing itu, nasibnya akan menjadi lebih baik, dan kemungkinan anjing itu tidak akan menemui ajalnya di situ. Tidak akan wujud masalah di situ. Apakah yang berlegar dalam fikiran anjing itu, sebenarnya?
9. Saudara, telah menjadi amalan “nenek moyang” anjing itu, sejak turun-temurun, zaman-berzaman, daripada generasi kepada generasi yang lain, anjing hanya akan kencing pada atau di atas objek atau benda lain seperti kayu, batu, atau pangkal pokok. Kerana tidak mahu mengubah cara lama, anjing itu akhirnya mati. Kerana tidak mahu melanggar amalan warisannya, biarpun kritikal situasinya dan sangat perlu, anjing itu menemui ajal.
10. Saudara, rasanya tidak perlu dijelaskan moral daripada cerita ini.
11. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.” (ar-Raad, Ayat 11)

KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUBAKAN DALAM KARANGAN

01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
17. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU BULI

Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar.Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

Tuesday, June 22, 2010

KASIH

KASIH,
KESUNYIAN MENCENGKAM DIRI
KERINDUAN MELANTUN NUN KEJAUHAN
TANPA DI SISI
MUSIM KONTANG KEMARAU MEMANJANG
ALUNAN IRAMA MENJADI SUMBANG
SEKELILING MEMBEKU MENJADI KEJUR.

KASIH
PANDANGAN TELUS MENEMBUSI
BAYANGAN RINDU PADA MU
SETIAP WAKTU BERDETAK DIKIRA
SETIAP SAAT BERDETIK DINANTI
KAHADIRAN DI HATI HANYA ILUSI
MEREKAH JIWA MELONGLAI
KESEPIAN GURU KETABAHAN
SELAGI SETIA KASIH TERKUNCI
TAK BERPANA KASIH BERUBAH

(SPECIALLY DEDICATE TO MY LOVELY CHILDREN)

Monday, June 21, 2010

FRASA-FRASA MENARIK

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri-mengundang kontroversi-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi-pewujudan masyarakat madani
-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting-melupakan cita-cita yang lebih luhur-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu

Friday, June 18, 2010

KEBAIKAN PENEROKAAN ANGKASA LEPAS BUAT MALAYSIA

Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia memperkembang sains dan teknologi sejagat. Huraikan.

Penerokaan angkasa lepas memang banyak memberi manfaat terhadap perkembangan sains dan teknologi. Kejayaan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Russia banyak bergantung kepada kemampuan mereka untuk menghasilkan teknologi moden terutama yang berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas. Keadaan ini menyebabkan negara-negara lain terutama China dan Jepun serta India turut berusaha memajukan teknologi angkasa lepas mereka. Sememangnya banyak impak positif yang dihasilkan oleh penerokaan angkasa lepas terhadap kehidupan manusia.

Impak positif yang ketara ialah penerokaan angkasa lepas telah memajukan bidang teknologi maklumat terutama yang berkaitan dengan teknologi internet. Penghasilan lebih banyak satelit di ruang angkasa bumi telah memudahkan perhubungan atau komunikasi tanpa batasan sempadan diwujudkan. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat ini menjadikan bidang komunikasi, keselamatan dan pertahanan semakin berkembang maju selaras dengan kemajuan penerokaan angkasa lepas itu. Jelaslah, teknologi angkasa lepas menyebabkan bidang teknologi maklumat manusia menjadi lebih baik dan moden.

Malah, aktiviti penerokaan yang berani ini berupaya meninggikan kemampuan teknologi pemantauan manusia sejagat pula. Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah untuk diambil dan dirakam dari sudut yang lebih baik dan sesuai. Semua hasil gambar ini memudahkan ahli saintis untuk membuat ramalan tentang keadaan geografi dan juga membantu merancang manusia untuk menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra alam lagi. Pada masa yang sama, teknologi moden ini boleh digunakan juga untuk memantau perubahan cuaca dan kadar pencemaran alam dengan lebih menyeluruh. Sesungguhnya, teknologi pemantauan manusia menjadi lebih maju dan berkembang dengan adanya usaha-usaha menjalankan penerokaan angkasa lepas itu.

Malahan, industri teknologi robotik turut berkembang selari dengan usaha meneroka angkasa lepas ini. Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang udara bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan. Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding dengan manusia. Semua tindakan menggunakan robotik ini boleh memberikan satu tafsiran awal akan keperluan untuk mewujudkan koloni manusia di angkasa lepas pula. Maka, teknologi robotik manusia juga akan mengalami perubahan drastik kerana usaha penerokaan angkasa lepas memerlukan penggunaan robotik yang begitu banyak.

Selain itu, pelbagai ujikaji atau kajian sains boleh dijalankan menerusi usaha penerokaan angkasa lepas itu. Para saintis sudah mula membuat kajian tentang kesan gravity terhadap manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia. Penerokaan angkasa lepas memberikan satu platform untuk melakukan pelbagai kajian yang boleh memberikan pengetahuan baru kepada manusia tentang sains pula.

Konklusinya, semua usaha meneroka angkasa lepas itu bukanlah sesuatu yang membazir. Pelbagai hasil yang positif terutama kajian sains akan memberikan manusia satu informasi yang berguna pula terutama jika semua usaha ini berkonsepkan kerjasama sejagat. Kita harus sedar bahawa semakin banyak maklumat yang kita ketahui tentang angkasa lepas semakin baiklah prospek kehidupan kita kelak. Jadi, usaha penerokaan angkasa lepas ini perlu diteruskan tanpa sebarang sekatan lagi

RISIKO PENGGUNAAN TELEFON SELULAR DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Penggunaan telefon selular kini begitu penting sehinggakan bukan lagi dianggap suatu barangan mewah, sebaliknya suatu keperluan yang mesti dimiliki oleh semua orang.

Nyatakan risiko penggunaan telefon selular dalam kehidupan seharian manusia.

Penggunaan telefon selular dalam kehidupan masyarakat zaman kini sudah menjadi satu kelaziman pula. Kalau sedekad yang lalu telefon selular dikaitkan dengan ahli perniagaan atau orang yang penting, kini hampir setiap insan di dunia ini memilikinya. Kewujudan teknologi ini telah membolehkan komunikasi dan pengaliran maklumat berlaku dengan begitu pantas dan mudah tanpa mengira kedudukan geografi seseorang itu. Namun, ada kebaikan teknologi ini tersirat pelbagai impak negatif yang boleh menjejaskan kehidupan manusia secara keseluruhannya.

Sudah terbukti bahawa pancaran isyarat telefon selular berupaya untuk menjejaskan sesuatu sistem berasaskan eletronik. Beberapa kejadian yang melibatkan gangguan isyarat telefon ini telah berlaku terhadap sistem kawalan penerbangan, kenderaan, peralatan hospital dan penyimpanan data. Gangguan ini bukan sahaja boleh mengorbankan jiwa tetapi turut menjejaskan kos baik pulih yang tinggi. Justeru, telefon selular boleh menyebabkan berlakunya gangguan isyarat di mana-mana jua.

Selain itu, ada kajian yang berjaya membuktikan bahawa penggunaan telefon selular yang keterlaluan akan menyebabkan kesihatan manusia terganggu seperti berlakunya penyakit kanser dalam otak seseorang itu. Pancaran radiasi isyarat telefon dikatakan berupaya untuk mengubah DNA dan sistem imunisasi manusia sehingga menimbulkan masalah kesihatan pula kepada manusia. Doktor juga sudah memberi amaran agar penggunaan telefon selular dikawal terutama buat ibu-ibu yang sedang hamil. Sesungguhnya, telefon selular boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Pada masa yang sama kebergantungan terhadap telefon selular menyebabkan manusia tidak lagi menggunakan mindanya dengan sepenuhnya. Teknologi moden ini berupaya untuk menyimpan pelbagai jenis data dalam kuantiti yang begitu besar sehingga manusia terlalu bergantung kepadanya lalu membuang keperluan menggunakan otak mereka. Kita mudah sahaja menggunakan telefon untuk membuat pengiraan mudah daripada menggunakan otak untuk mengira jumlah. Jika keadaan ini berterusan keupayaan otak akan berkurangan lalu lama kelamaan hilang terus fungsinya.

Tambahan pula, penggunaan terlalu kerap telefon selular menyebabkan manusia itu mengalami proses pemanasan yang keterlaluan. Radiasi yang terhasil menerusi penggunaan telefon menyebabkan sel-sel badan tidak mampu untuk menjalankan fungsi mereka dengan berkesan kerana terlalu panas lalu menyebabkan tanda-tanda kelesuan yang ketara terhadap manusia itu. Bayangkan jika kita menggunakan telefon untuk satu tempoh yang lama dalam hidup kita?

Kesimpulannya, telefon selular masih mempunyai pelbagai impak negatif yang perlu diberi perhatian oleh manusia. Kita perlu memikirkan sahaja penggunaan telefon itu penting dan tidak keterlaluan pula supaya impak buruk itu berupaya dikurangkan. Manusia harus sedar bahawa kehidupan yang terlalu bergantung kepada teknologi tidak berupaya untuk menjadikan diri manusia itu lebih baik terutama daripada aspek fizikal sebaliknya kita perlu meneroka keupayaan minda kita seluas yang mungkin.

PENGAMBILAN GULA MENJEJASKAN KESIHATAN MANUSIA

Gula sememangnya banyak memberi manfaat kepada manusia. Walau bagaimanapun, pengambilan gula yang berlebihan dapat mengundang pelbagai masalah kesihatan yang kronik kepada manusia. Jelaskan.

Badan kita memang memerlukan gula untuk memastikan semua fungsi badan berjalan dengan lancar. Cuma pengambilan gula secara berlebihan boleh membawa pelbagai masalah kepada seseorang itu terutamanya untuk jangka masa panjang. Mereka yang tidak mengawal pengambilan gula akan menderita penyakit yang kronik lalu mampu menganggu kualiti kehidupan mereka pula.

Sebenarnya gula memang ada manfaat dalam industri makanan dunia. Makanan yang mengandungi gula lebih tahan lama ketika disimpan selain menambahkan lagi rasa manis dan sedapnya. Kita sering menilai nilai sesuatu makanan itu berdasarkan kandungan gulanya sehingga makanan yang pahit tidak digemari tetapi makanan yang bergula dianggap makanan yang menyelerakan. Gula menjadikan cara manusia menikmati makanannya lebih bermakna dan menyelerakan.

Selain itu, gula juga menjadikan ubat-ubat lebih mudah untuk ditelan oleh kanak-kanak kerana gula digunakan untuk menjadikannya manis. Kanak-kanak lebih mudah untuk mengambil sesuatu ubat itu seperti ubat batuk dan vitamin jika manisan digunakan bersama-samanya lalu kesihatan kanak-kanak itu lebih baik. Bayangkan jika gula tidak ada sudah pasti ibu bapa dan doctor mengalami kesukaran untuk memberikan ubat kepada pesakit kanak-kanak mereka? Gula yang dikenali sebagai glukosa juga sering diberikan sebagai bahan untuk memberikan tenaga kepada pesakit.

Namun, gula yang diambil terlalu banyak atau tanpa kawalan berupaya membawa kemudaratan terutamanya menjadikan gigi seseorang itu rosak. Biasanya kandungan makanan yang lebih banyak gula akan menyebabkan gigi mempunyai plak yang lebih baik. Bakteria yang wujud dalam plak itu lama kelamamaan akan menyerang enamel gigi manusia sehingga menjadikannya sakit dan terpaksa dicabut.

Malahan, seseorang yang berterusan mengambil gula berlebihan akan mengakibatkan mengalami penyakit kronik terutamanya diabetes dan sakit jantung. Kencing manis berlaku kerana pancreas manusia gagal untuk mengeluarkan insulin yang mampu untuk menguraikan kandungan gula dalam badan manusia itu. Akibatkan kandungan gula yang berlebihan dalam tubuh akan disimpans ebagai lemak lalu seiring dengan masa slauran darah akan tersumbat menyebabkan aliran darah terganggu dengan teruknya. Seseorang itu akan mengalami serangan sakit jantung akhirnya.

Konklusinya, gula merupakan sejenis perisa manis yang tidak berapa diperlukan oleh manusia kerana manusia masih boleh hidup tanpa mengambil gula berlebihan. Makanan semulajadi manusia sudah mengandungi kandungan gula yang cukup untuk seseorang manusia itu. Lantaran itu, seseorang yang mengambil gula berlebihan pasti akan mengalami masalah kesihatan yang boleh membawa maut pula suatu masa nanti.

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

Pembangunan modal insan telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) merupakan intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, penambahbaikan sistem pendidikan merupakan salah satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Bincangkan.
Pendahuluan :

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai
murni, inovatif, berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing.
Isi :
A)
Kepentingan Pembangunan Modal Insan
1. Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti.

Lebih 90,000 pelajar ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis
Amanah Rakyat (MARA) untuk menghasilkan sumber tenaga berkualiti.

Sebagai contoh, pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA.

Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi sudah pasti akan menghasilkan sumber tenaga yang berkualiti.

Sebagai contoh, kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merangkumi semua sekolah, pembinaan makmal komputer dan penjanaan solar di sekolah pedalaman.
2. Menyediakan masyarakat yang berdaya saing dalam ekonomi.

Mewujudkan koridor pembangunan ekonomi.

Sebagai contoh, pelancaran Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah (SDC) dan Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak (SCORE) akan menwujudkan rakyat Malaysia yang berdaya saing dalam ekonomi.

Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan membuka peluang pekerjaan
kepada rakyat.

Para pelabur akan membuka kilang-kilang di Malaysia dan ini akan meningkatkan
budaya kerja yang tinggi.

Penekanan kerajaan di dalam sains, teknologi dan penguasaan bahasa asing boleh menghasilkan masyarakat yang berdaya saing. Hal ini akan meningkatkan produktiviti negara.

Sebagai contoh, penguasaan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
3. Melahirkan barisan pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan.

Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara akan menghasilkan pelajar
berkualiti yang akan menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan.

Penubuhan Institut Integriti Nasional (PIN) juga boleh menghasilkan pemimpin
yang telus.
4. Melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya.

Dasar pendidikan yang menekankan insan seimbang akan melahirkan masyarakat
yang tinggi nilai rohaninya.

Penekanan kepada mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan akan melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri yang tinggi.

Program Islam Hadhari juga boleh melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.
5. Melahirkan masyarakat yang berdisiplin.

Pelaksanaan PLKN akan melahirkan belia yang berdisiplin.

Penekanan kegiatan Kokurikulum dalam pendidikan juga akan menghasilkan
pelajar yang patuh kepada peraturan dan menghormati norma-norma masyarakat.
B)
Langkah Untuk Membangunkan Modal Insan :
6. Penambahbaikan terhadap sistem pendidikan.

Memperkasakan sekolah rendah dan menengah melalui Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Memberi peluang pendidikan percuma untuk semua melalui pemansuhan yuran peperiksaan, memperluaskan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pemberian sepasang pakaian seragam kepada pelajar yang miskin.

60 buah Sekolah Kluster telah diwujudkan tahun 2008 untuk melonjakkan
kecemerlangan pendidikan negara.
7. Membangunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bertaraf antarabangsa.

Pada 27 Ogos 2007 Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dilancarkan.

Kerajaan telah memperuntukkan RM12 billion untuk melaksanakan pelbagai
projek untuk membangunkan universiti bertaraf antarabangsa.

Sebagai contoh, kewujudan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia dan Universiti Darul Iman Malaysia.
8. Mempertingkatkan program latihan dan kemahiran.

Mewujudkan sumber tenaga kerja dan berdaya saing.

Sebanyak RM 2 billion diperuntukkan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan
RM 480 juta pula telah diperuntukkan untuk Pusat Giat MARA, ILP dan IKBN.
9. Mempergiatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengkormesilan.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 230 juta kepada Dana Sains, RM 300
juta Dana Tekno dan RM 546 juta bagi program R&D institusi penyelidikan.

Program Aeroangkasa telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
mengkormesilkan penyelidikan bertaraf dunia.
10. Melaksanakan program sosial.

PLKN dan program Rakan Muda diwujudkan untuk membangunkan warga muda
ke arah berdisiplin, berdaya tahan dan berdaya kepimpinan.

Melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat.

Sebagai contoh, pihak PETRONAS telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya
dengan membina sebuah hospital yang dinamakan Hospital PETRONAS.
11. Mempertingkatkan program kerohanian.

Program Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan mengutamakan aspek
ketamadunan umat seimbang.

Sebagai contoh, menaikkan elaun AJK masjid, menaiktarafkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) melalui pengambilalihan oleh pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta mempertingkatkan program Rakan Masjid.
12. Mewujudkan program ekonomi.

Melancarkan wilayah pembangunan ekonomi seperti Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah dan Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak.

Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan melahirkan peluang pekerjaan
dan pada masa yang sama mengurangkan masalah pengangguran dan jenayah.
Penutup :

Modal insan kelas pertama penting bagi menjayakan Wawasan 2020.

SIKAP PENGGUNA YANG BIJAK DAN LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN UNTUK MELINDUNGI PENGGUNA

Kenaikan harga pelbagai jenis barangan secara drastik akhir-akhir ini menuntut kebijaksanaan pengguna dalam berbelanja. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mengambil langkah yang berkesan agar hak pengguna sentiasa terpelihara. Jelaskan.
Pendahuluan :

Sejak akhir-akhir ini, isu kenaikan harga barangan hangat diperkatakan.
Isi :
A)
Sikap Pengguna Bijak :
1. Bijak berbelanja.

Melaksanakan perbelanjaan berhemat.

Pengguna yang berbelanja kepada barangan yang perlu sahaja.

Pengguna sepatutnya menyenaraikan barangan yang diperlukan sebelum
membeli.

Mengutamakan pembelian semasa promosi jualan.

Menyediakan belanjawan keluarga pada setiap bulan untuk mengelakkan
pembaziran serta sebagai langkah berjimat cermat.
2. Membandingkan harga.

Pengguna perlu membandingkan harga antara kedai-kedai sebelum membeli
barangan

Membeli di kedai yang menawarkan harga berpatutan dan kualiti yang baik

Menghindarkan anggapan bahawa harga yang tinggi melambangkan mutu yang
tinggi
3. Tidak terpedaya dengan iklan.

Bijak dan tidak terpengaruh dengan iklan atau jurujual yang pandai memujuk
rayu.

Langkah ini diambil untuk mengelakkan daripada terpedaya membeli barangan
yang tidak diperlukan.

Pengguna membuat penelitian saksama dan rasional sebelum membeli atau
menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
4. Membeli barangan yang diakui mutunya.

Membeli barangan yang tidak berbahaya kepada manusia atau alam sekitar seperti
barangan permainan kanak-kanak.

Merujuk kepada isi kandungan, label dan tarikh luput sebelum membuat
keputusan membeli barangan tersebut.

Mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak boleh digunakan agar
pembaziran tidak akan berlaku.
B)
Langkah-langkah Kerajaan Untuk Melindungi Pengguna :
5. Penguatkuasakan undang-undang.

Undang-undang meliputi semua aspek sama ada dari peringkat pra pembelian,
semasa pembelian dan selepas pembelian.

Peraturan juga meliputi berkaitan dengan kontrak, sewa beli, kredit dan sebagainya seperti Akta Timbang dan Sukat, Akta Perihal Dagangan dan Akta Jualan Murah.

Undang-undang yang digubal mestilah dilaksanakan dengan tegas dan konsisten
tanpa mengira latar belakang.

Pihak berkuasa sentiasa membuat pemantauan terhadap kenaikan dan juga para
peniaga.

Sebagai contoh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna sentiasa membuat pemantauan terhadap kenaikan harga barangan.
6. Mengawal bekalan barang.

Kawalan meliputi penawaran beberapa jenis barangan keperluan harian dan
harganya.

Sebagai contoh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menetapkan beberapa jenis barangan keperluan harian seperti tepung, garam, beras dan minyak masak.

Mengawal bekalan 21 jenis barangan seperti tepung gandum dan gula perlu sepanjang tahun dan tambahan 25 jenis lagi (gula, daging dan ayam) semasa musim perayaan.
7. Meningkatkan program pendidikan kepenggunaan.

Program pendidikan kepenggunaan dijalankan agar para pengguna dan peniaga
tahu akan hak dan tanggungjawab mereka.

Langkah ini dijalankan oleh persatuan para pengguna seperti Persatuan Gabungan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Persatuan Pulau Pinang (CAP) dan Persatuan Pengguna Sabah (CASH).

Menyebarluaskan maklumat dari semasa ke semasa melalui media massa.

Penekanan juga diberikan kepada para peniaga agar mereka mempunyai nilai
moral dalam menjalankan urusan perniagaan.
8. Peletakan tanda harga.

Pihak berkuasa mewajibkan para peniaga runcit meletakkan tanda harga pada
barangan mereka

Pengguna akan dapat membuat perbandingan harga
9. Maklumat pada bungkusan barangan.

Pihak berkuasa mewajibkan maklumat tertentu ditandakan pada bungkusan barang-barang seperti kuantiti, berat, butiran pengilang, isi kandungan dan tarikh luput.
10. Memberi pengiktirafan.

Syarikat atau organisasi tertentu diberi pengiktirafan ISO 9000 dan Standard
Piawaian Makanan pada barangan dan perkhidmatan yang diakui bermutu.

Memberi pengiktirafan kepada kedai harga patut
Penutup :

Halangan-halangan kepenggunaan semakin mencabar. Hal ini kerana situasi ekonomi negara tidak dapat dielakkan daripada bertembung dengan pengaruh ekonomi global