Tuesday, June 8, 2010

Minggu ini agak sibuk juga dengan pelbagai aktiviti famili.Hujung minggu lalu ada majlis perkahwinan pakcik tosun...meraikan perkahwinan anak ketiganya...nampaknya..legalah tosun cuz kesemua anak-anaknya dah selamat melayarkan bahtera rumah-tangga.Ramai juga sanak saudara yang bertemu...masa itulah dapat berjumpa...masa raya pun sukar untuk bertemu,tambahan pula now...sejak Kyl dah bekerja di Langkawi...Rasanya akan menjadi tradisi famili untuk ke Pulau bebas cukai itu pada setiap aidil fitri,sementelah pula Kyl tak dapat cuti pada hari yang mulia itu.

Ketika jumpa Acik Wa di kenduri tersebut,sempat juga buat temu janji makan tengah hari pada hari selasa yang lalu....lunch di Restoran Nasi Ayam Penyek yang terletak di D-Garden.Seronok dapat makan bersama sambil melihat telatah cucunya,Hana.Nampak sangat Hana sangat manja dengan Adik Su yang melayan Hana bagai anak sendiri.Sesungguhnya,aku amat amat bersyukur kerana famili kami dilimpahi dengan rasa kasih sayang yang melimpah ruah,Alhamdunillah.

Kebelakangan ini,kami sefamili agak sibuk merasai pelbagai jenis makanan yang dijual di Ipoh.Entah kenapa secara tetiba ada banyak restoran yang dibuka now....Kebanyakannya sedap-sedap pula tu.Nampaknya kuali kat dapur tu...tergantung lagilah kat dinding.Tapi aku tetap kena masak juga sekali-sekala cuz Syaqim dan Balqis ada kat rumah,bercuti semester...pasti mereka lebih suka mamanya yang memasak.

Semalam aku habiskan masa menonton film it's complicated.Kelakar sungguh!!!Cerita tentang bekas suami yg ingin merebut kembali ex-wife nya.

No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment