Friday, June 18, 2010

KEPENTINGAN BIODIVERSITI DAN LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN KESEIMBANGAN BIODIVERSITI

Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangan.
Pendahuluan :

Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna.
Isi :
A)
Kepentingan Biodiversiti :
1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D).

Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang.

Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam.

Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di
Institusi Pengajian Tinggi.
2. Membekalkan makanan.

Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan.

Rantaian makanan akan terpelihara.
3. Sebagai sumber perubatan.

Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai
Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.

Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.

Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah
tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.
4. Mengekalkan habitat.

Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi.

Tempat perlindungan hidupan liar.

Tempat pembiakan semulajadi.
5. Sebagai penstabil cuaca.

Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis.

Menstabilkan kitaran hidrologi.

Memberikan keseimbangan suhu.

Mengurangkan kesan rumah hijau

Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :
7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi.

Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti.

Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai
contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu.

Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan.
8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit.

Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala
sisanya pula diproses menjadi kertas.
9. Pembangunan lestari.

Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam).

Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
10. Pendidikan sains dan biologi

Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan
penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti.

Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum).
11. Program kitar semula.

Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam.

Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca.

Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.
12. Penggunaan teknologi mesra alam.

Menggunakan teknologi mesra alam.

Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan
biogas kelapa sawit.

Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air
atau sisa kumbahan.
Penutup :

Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

1 comment:

  1. sangat menarik point yg diberikan.thx. point ini membantu sya dlm mjalankan kajian mengenai bio-D

    ReplyDelete

1 comments:

Risnayati Lammu said...

sangat menarik point yg diberikan.thx. point ini membantu sya dlm mjalankan kajian mengenai bio-D

Post a Comment