Friday, June 18, 2010

KEPENTINGAN AKUAKULTUR

Akuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia. Salah satu kepentingan akuakultur membekalkan sumber protein. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan sektor ini. Jelaskan pernyataan tersebut.
Pendahuluan :

Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amat
penting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia.
Isi :
A)
Kepentingan Akuakultur :
1. Membekalkan sumber protein.

Daripada sumber Jabatan Perikanan, pada tahun 2007 sahaja, akuakultur telah
menyumbangkan lebih kurang 729.47 tan metrik bekalan protein kepada negara.

Justeru, sumber protein yang dibekalkan adalah mencukupi.

Sektor akuakultur menjadi pembekal tetap kepada negara.

Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikan
sepanjang tahun.

Sebagai contoh, udang, ikan kerapu dan ikan keli.
2. Menggalakkan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program R&D seperti penyelidikan pembiakbakaan, cara-cara pembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan.

Sebagai contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau
Pinang telah menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu tinggi.
3. Mengelakkan kepupusan hidupan marin.

Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengah hidupan marin semakin pupus. Oleh itu, dengan adanya sektor akuakultur, spesies marin yang semakin pupus boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang harimau dan siakap.

Pihak kerajaan telah menghasilkan pembiakbakaan spesies baru untuk
mengelakkan fenomena kepupusan
4. Mengurangkan kemusnahan dan gangguan ekosistem.

Tidak melibatkan penggunaan peralatan yang boleh mengganggu dan
memusnahkan habitat.

Sebagai contoh, pihak nelayan tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akan
memusnahkan batu karang.

Tidak mencemarkan air kerana menggunakan teknologi mesra alam. Sebagai
contoh, penggunaan sangkar dan tong.
B)
Langkah-langkah Memajukan Bidang Akuakultur :
5. Melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Aplikasi bioteknologi dalam akuakultur.

Penyelidikan untuk menghasilkan ikan-ikan yang bermutu tinggi seperti kerapu
tikus, siakap dan udang harimau.

Kajian tentang kaedah penternakan yang mesra alam.

Sebagai contoh, penternakan ikan keli yang dijalankan di Kelantan dengan
menggunakan tong.

Membuat kajian dan penyelidikan yang berterusan dalam bidang sains pemakanan
berasaskan akuakultur.
6. Meningkatkan bilangan tenaga pakar dalam bidang akuakultur.

Sebagai contoh, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menawarkan Sekolah
Biologi Marin yang memberikan penumpuan terhadap kepentingan akuakultur.

Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan bidang Sains
Pemakanan.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memberikan penekanan
terhadap cara dan kaedah-kaedah baru dalam penternakan ikan.

Latihan kepakaran di negara-negara luar seperti Jepun dan Jerman.
7. Penggunaan teknologi terkini.

Penggunaan teknologi pembiakbakaan dalam akuakultur.

Sebagai contoh, teknologi dari Jerman telah digunakan oleh LKIM untuk
memajukan kaedah pembiakbakaan di Malaysia.

Teknologi pembungkusan telah dilaksanakan dengan berkesan dan menghasilkan
bahan akuakultur yang bernilai tinggi dan komersil.
8. Mempelbagaikan makanan berasaskan akuakultur.

Teknologi pengawetan telah menghasilkan makanan berasaskan akuakultur yang
tahan lama dan boleh dieksport.

Pengetinan ikan telah dijalankan seperti ikan keli, siakap dan kerapu

Penghasilan makanan berasaskan hidupan marin seperti bebola ikan, keropok
udang dan sos tiram.
Penutup :

Sektor akuakultur sangat penting bagi menjamin bekalan protein yang berterusan

1 comment:

1 comments:

Alim Abdul said...

salam..mintak ambik isi ckit...

Post a Comment